Wednesday, September 15, 2010

Hari ni hari terakhir saya bekerja di company saya sekarang. Ye, saya mau tukar kerja lagi. Hihi..alhamdulilah, awal bulan lepas saya dapat offer kerja baru yang lagi baik dari sekarang. Mula2 dah putus harapan dah, sbb hari saya terima panggilan untuk 2nd interview tu saya tgk kat job.street vacancy untuk post yang saya mintak tu dah closed. Dalam hati kata mesti diorg dh hire orang lain dah. Lagipun dah lebih 2 minggu saya tunggu diorang call, tapi tak call2 jugak. Tup-tup, ptg tu diorg call untuk 2nd interview! yeay! alhamdulilah..Semoga kerja yang baru ni lebih baik untuk saya. Amin..(hehe..head saya di tempat baru tu, jiran lao pan saya!)

Thursday, September 2, 2010

Berbuka di luar

Semalam boss belanja berbuka puasa di Degrees Restaurant, Pan Pacific KLIA. Lepas kerja, kami bertolak beramai-ramai ke sana. Tak jauh, lebih kurang 20 minit je dari ofis kami di Putra Heights.

Sampai-sampai kat sana, masih tak ramai orang lagi. Tempat duduk kami pun dekat dengan tempat makanan :) Heh, tak sabar time tu nak berbuka..hehe..tapi baru pukul 630pm..mak aih..lama lg tu.


lao pan (boss) yg sporting

Tak banyak gambar dapat ambil, dan tak banyak juga makanan dapat saya jamah. Kena migrain pulak semalam dekat2 waktu nak buka. Potong betullah..lebur impian nak makan sepuas hati..hehe..saje je tau migrain ni datang time ni..agak2 nya tak nak saya jamah banyak sangat makanan ber 'MSG' kot..haha

Feedback yang lain2..makanan semalam semua sedap2..ada macam2, local n international. Kambing panggang pun sedaaapp sangat. heh..membazair betul belanja saya smlam. Habis makanan yang masuk perut semua keluar balik. Migrain..migrain..kenapalah dalam banyak2 hari..hari smalam jugak ko nak dtg..rugi betul..nasib baik boss bayar. :p

Monday, August 23, 2010

Busy dan migraine adalah satu kombinasi yang sangat tidak tepat dan tidak enak.

Seperti mahu pulang sekarang lah.

Wednesday, August 18, 2010

Saya cemburu dengan mereka..salahkan diri kerana suka bloghopping dan terjumpa berita2 gembira mereka..terus jadi down dan mula bergenang air mata..bila pulak la turn diri sendiri nak jadi mcm mereka..

ahh..raya dah nak dekat..ajak en suami beraya berdua je lah! malas nak menjawab soalan2 lazim mereka waktu raya nanti..

p/s : entri tentang perasaanku tika dan saat ini..12.27pm..sekian

Tuesday, August 10, 2010

Harapan Ramadhan-Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Selamat menyambut ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna..aminn..

Monday, August 2, 2010

ikan keli salai lemak cili padi, bayam rebus dan kerabu pegaga

Semalam saya dan sahabat2 menuai hasil tuaian dan belaan dibelakang rumah kami. Yeeahh..akhirnya ikan keli dah boleh di makan. Walau tak sebesar seperti di pasar, tapi tetap enak dan puas ok. Ikan keli ni first time kami makan, untuk bayam pulak, ni dah tuaian kali ke dua. Cerita pun tak gunalah..tgk gambar sudahhhhh...

kerja-kerja menyiang ikan keli

bayam merah tumbuh merimbun :p

mari menuai bayam..yuhuu..

Pokok pegaga


bakar membakar




alhamdulilah..hasil tuaian satu batas bayam..dapat 2 Kg! ada lagi 2 batas belum tuai..


ikan keli salai lemak cili padi..nyum..nyum


taraaa..inilah hasilnya..hasil tuaian semalam :)


bila makan beramai ramai..lebih mudah pakai dulang..jimat air dn tenaga nak basuh pinggan :p

Wednesday, July 7, 2010

Saya dah penat

saya dah penat berada dengan mereka,

saya dah penat melayan karenah mereka,

saya dah penat berkhidmat untuk mereka.

dulu..mungkin saya masih boleh senyum jika meeting yang saya hadir mereka bantai discuss dalam bahasa mereka.

dulu..mungkin juga saya masih boleh bersabar jika terdengar gosip2 tentang perbezaan gaji bangsa mereka dan bangsa saya.

dan dulu..saya masih tetap boleh bersabar jika mereka tak mahu menunjuk ajar saya.

tapi sekarang, saya sudah hilang sabar. saya sudah penat sebenarnya. berkhidmat untuk kemajuan bangsa yang bakal menjatuhkan bangsa saya sendri. penat untuk membantu bangsa yang langsung tak mahu membantu bangsa saya.

yer..mereka kata mereka tidak mengira warna. tapi sebenarnya sangat mengira. cukuplah 6 tahun berkhidmat dengan mereka. saya sudah penat. saya tidak mahu stress2 lagi dengan mereka.

Monday, June 28, 2010

2 tahun sudah..

si demuk n si itam..hik..hik


Semalam genap 2 tahun saya jadi isteri untuk en suami yg saya cintai..hehe..saya yang menggelabah ni telah tinggalkan msg di facebook untuk en suami :p

-------------------------------
Yang,

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 2 (kahkahkah..ayat skema..)

Ok.

Semoga perjalanan hidup kita yang mendatang akan bertambah baik.

Kita saling memerlukan, dan semoga ikatan yang terjalin atas rasa cinta pada Allah ni akan membawa kita kepada pengakhiran yang terbaik.
Semoga tahun-tahun akan datang kita akan dilimpahkan rahmat yang melimpah ruah dan dikurniakan cahayamata yang akan meneruskan perjuangan kita.

Sesungguhnya isterimu ini mmg sering terlupa, terleka dan terlalai. Sentiasalah menegur dan membetulkan kesilapan saya.

Walaupun perjalanan 2 tahun hidup bersama kita lalui dengan bermacam-macam rasa, saya tetap mencintai satu-satunya suami ( yang sekarang dah gemuk sikit :p) yang saya ada atas muka bumi ni.

Heh..oklah..sila jangan gelak guling-guling baca ucapan ni tau..hehe..

Apa-apapun saya tetap nak hadiah istimewa berupa gelang, rantai emas, berlian, handbag, baju2 baru dan lain-lain hadiah mewah-mewah ok.

Ikhlas dari isterimu yang poyo,
si hitam bucuk :p

-----------------------------

hehe..en suami balas pulak msg ni...ah..malu2..

------------------------------
Wahai sayagku hitam..memang tak dinafikan yang awak menggelabah..tetapi tiadalah bagi saya untuk menemui isteri yang amat penyabar serta taat sepertimu ini..

Pada saya tiadalah kata-kata yang panjang berjela unutk diterangkan mengenai perjalanan cinta kita ini melainkan hanyalah selagi ruh dikandung badan dan selagi dzat Tuhan masih memimpin maka cinta ini tetap terus tegak hingga ke akhirnya..salam


* semoga ikatan kasih sayang terus menghiasi perjalanan hidup kami berdua..amin..:)

Tuesday, June 15, 2010

apa lagi mahumu?

Saya sempat menonton Majalah 3 hari sabtu yang lepas. Macam2 perasaan ada waktu menonton. Takut juga melihat pengalaman warga Malaysia yang terlibat dalam kejadian tu. Bila direnung jauh2..Apalah sangat ketakutan yang dihadapi oleh mereka jika nak dibandingkan dengan ketakutan umat islam di Gaza sekarang ni. Setiap hari, bermacam macam hal jadi. Di sini, kita sangat bersyukur kerana kesemua sukarelawan Malaysia terselamat. Tapi realitinya, bagaimana dengan saudara2 seislam kita di Gaza dan negara2 islam yang lain? Sedih melihat nasib mereka. Mesti tiap hari berada dalam ketakutan kan? Nak dibandingkan dengan saya yang masih mampu nak bekerja, ber facebook setiap hari, berblog, bershopping, dapat jumpa dan berkasih sayang dengan keluarga dan sahabat handai, dapat bergosip ttg hal2 artis, ttg perihal world cup, dpt keluar jalan2 dengan aman tanpa takut, masih lagi sempat untuk merajuk dengan en suami, masih lagi sempat nak manja2 kan si nunu, masih lagi sempat nak tukar template blog, apa lagi yang saya harapkan dari hidup saya?

haih..sedarlah wahai diri, seharusnya kesyukuran dipanjatkan setiap hari. Masih lagi dapat bangun pagi menghirup udara segar tanpa ketakutan dan keraguan. masih lagi dapat menatap wajah2 orang yang tersayang, dan masih lagi dapat beribadah dengan aman. Semoga saya sentiasa menjadi manusia sentiasa bersyukur...amin..

Saturday, June 12, 2010

nunu

lama dah tak cerita perihal nunu..hehe..nunu makin sihat sekarang, membesar bagai johan! kegemarannya adalah, makan..main..makan..main..makan..main..heheheh. Nunu sangat banyak makan ok. Sampai dr jenny pun komen nunu byk makan.

Sebenarnya blom story lg kt sini, perihal nunu terpaksa di operate buat kali kedua..haih..al kisahnya, sebulan lepas nunu kena operate perut pecah tu (haha..scary bunyinya tu :p), saya perasan ada benjolan lagi keluar kat bwh perut si nunu. Mula2 kecik jer, pastu lama2 besar, n yang peliknya, kadang2 boleh kecik balik! mak aih..risau jugak time tu. Nunu pun selalu muram. Nmpk mcm sakit perut, sbb nunu tak nak makan lgsung dalam tempoh 24 jam. Lepas 24 jam, nunu akan berselera balik n makan banyak.

Last-last, satu mlm tu, nunu lemah semacam jer. Bila saya bukak sangkar, nunu terus datang kt riba saya. Nak duduk atas riba. Then bila saya bwak dia baring sebelah saya, dia terus duduk betul2 sebelah badan saya n nak sorokkan kepala bawah lengan saya. Haih, risau betul time tu, takut nunu dah teruk sangat. Lain benar perangainya.

Esoknya saya terus bwk nunu jmpe dr. Jenny..ahh..confirm! jahitan kt dalam badan nunu terbukak. kali ni, perutnya pulak yang terkeluar. Sebab tu kejap besar kejap kecik. Bila makan besarnya, bila dh membuang jd kecik. Terpaksa la kena operate lg. Tinggal 3 hari kt klinik then saya bawak nunu balik. Kali ni, dr. jenny dah warning, jgn keluarkan nunu dr sangkar dalam masa 2 bulan! Sbb dr. jenny pun komen, nunu active sangat. Terkejut dia tgk nunu, lepas satu jam operation, boleh lompat2 dalam sangkar mcm takde pape.haha..pastu dia pun hairan sbb nunu makan banyak sangat!

hehe..sekarang nunu dh sehat..makin besar n makin cantik..hahaha..nunu dh ada tete*k ok kt badannya..haha..saya baca kat buku, actually rabbit bila dah sampai umur 4 bulan, dah boleh pregnant dah..hehe..tp mcm kes nunu..kena kuarantin dululah. Dekat 2 bulan jugaklah nunu operate. Alhamdulilah, kali ni takde dah terbukak2 lagi. Dlm masa 2 bulan ni, ada jugak keluarkan nunu dr sangkar. Sbb kesian sangat tgk dia dlm sangkar tu. Hehe..lepas gian betul dia bila dapat keluar dr sangkar.. melompat sana melompat sini...:) dah mcm setahun tak kuar dari sangkar..

ahaks..nunu..we love you!

Friday, May 21, 2010

tag tag

di tag oleh k kay :)

What will u do if u know that your friend has been back stabbing u ?
- makan hati sekejap..pastu buat tak tau je

6 people in your heart?
- en suami, mak, arwah bapak,mil, anis anak aftra,mikhail,

Do u think u're cute?
- No.. but always bucuk to my sweetheart :p

Single or taken?
-Taken!

Blog(s) that u like?
- Friends, senior, junior

Do u clean your room everyday?
- No. sbb setiap kali kemas tak sampai 5 minit akan berterabur balik..mlas ah kemas (alasan!)

The last song u listened to?
- ntah

Last text message?
- hawa

Last phone call?
- hawa, follow up insurans keta

Last day u cried?
- last week..bengang ngan sorang mamat gemuk berbisa tu!

List down 5 of your favorite colours?
- pink, purple, blue,

The last people chat with u in YM?
- en suami

Your favorite game?
- bejeweled blitz..hehe

Are u a fan o MCR?
- apa tu MCR k kay?

What do u feel when u answering this tag?
- tenang-tenang aja..

Do u think this tag interesting?
- Okay saja

Now, tag 10 of your frens...
- sesiapa rajin silalah yer

Wednesday, May 19, 2010

Ok2 saja :)

Hidup sangat terisi sejak akhir2 ni..hehe..sampai blog pun tak terurus. cewah..

Keje baru, ok (bz skit sbb hanya ada 2 qs termasuk saya..dan banyak tender nak masuk!), rumah ok, perjalanan pergi balik keje ok (walaupun ambil masa 40 minit..tak perlu menempuh sangat traffic jam :)) hehe..pendek kata..semuanya ok2 saja..

Sedang membaca buku Good to Great by Jim Collins sekarang. Tetapi sangat slow sbb sambil2 membuat translasi sekali. Mudah untuk kegunaan masa depan..hehe..baru masuk chapter 3, tapi setakat ni, buku ini mmg sangat baguslah.

Selain tu, baru saja menonton Food, Inc. Itupun baru menonton sedikit saja. Kami menonton beramai-ramai. Mengambil pelajaran daripada dokumentari yang sangat telus ttg makanan. Haih, baru menonton sikit jer, saya sudah terkejut dengan realiti sebenar makanan yang kita makan hari-hari ni. Langkah wajar dan termampu yang kami lakukan, membuat mini kebun di belakang rumah :) setakat ni dah tanam bayam, kangkung, sawi dan pak coi. Bakal juga menanam terung dan sayur-sayuran menjalar di pagar belakang. Nasib baik saya dan sahabat duduk berdekatan (duduk berderet sebenarnya) maka bolehlah bukak pagar tepi di belakang dan hasilnya, dapat tanah yang lebih luas. Kami juga membela ikan keli. Di belakang rumah saya juga ada satu. Tak sabar nak tunggu sayur2 dan ikan-ikan tu besar lah. Bleh makan hasil tuaian dan belaan sendiri :p

Friday, April 30, 2010

Haruskah

My head demon td kelam kabut. Today is my last day. Then, our senior qs, ada family problem pulak. Amik EL until 4th May. So, tinggallah my head demon sorang2 next week. Apalagi menggelabahla dia. Big boss call, and suddenly my head demon kata big boss suh saya stay here another two weeks! ceh..dah last2 minute ni lah nak mintak saya stay longer. Dulu time saya bg resign letter, bukan main ego. Bersetuju without any negotiation. Saya dah tau bakal ada masalah bila saya resign nnti. Final account blom settle lg for KLGCC project. and most of the package, my head demon dah lambakkan pada saya suh saya settle. The worst part, my big boss tak tau pun. Sangkanya, si head demon yang handle semua. Saya cuma bantu sikit2 jer. Sbb tu dia buat bodoh bila saya nak resign, si head demon yang menggelabah lebih. Mintak saya jangan benti. Ye lah, sbb dia bakal tak menang tangan nnti bila saya benti.

hmm..actually, waktu saya bagi resign letter haritu, saya ok jer if big boss mintak saya stay another 2 weeks. Saya pun dh inform awal2 waktu interview tempat baru hr tu yang saya maybe kena stay until mid May to settle final account. Then, big boss ego sangat, tak kata apa n setuju trus saya nak benti. So, fine. 7 days notice and saya dah inform tempat baru to start work 6th May

Sekarang ni, jadi macam ni pulak. ntah la. Nak stay ke tak for 2 weeks? Kalau stay 2 weeks and boss bleh bagi balance bonus yang suppose dpt bulan 9 nnti, sy confirm nak stay! tp..kalau tak..i'm sorry..good bye! heheheheheh

Friday, April 23, 2010

2nd day period..

sangat heavy..

period pain dari pagi td n sibuk siapkan tender yang nak submit esok..

tak sabarnya nak berhenti dan cuti next week. Next friday is my last day here..then berehat sampai Wednesday before start work at new company on Thursday. yeaahh!

Wednesday, April 21, 2010

Evolusi

Alhamdulilah, interview semalam berjalan lancar dengan jayanya..:) semalam jugak dh confirm dpt keje kat sana..after discuss ngan en suami, confirm today akan bagi resign letter! yeay! dah boleh blah dari tempat sini..

Harap2 semuanya kan bertambah baik. Walaupun contractor juga n hari bekerja 6 hari, tapi lebih dekat dengan rumah dan gaji ada up skit. hehe..

Semalam, walaupun interview dah settle jam 11, saya terus amik EL whole day..haha..konon2 nak celebrate lah. Berjaya meracun sahabat sekereta untuk mengambil half day. Kami pergi ke midvalley dan berjaya menonton wayang. Sebab tak nak sesakkan kepala, kami menonton Evolusi KL Drift 2..berbaloilah tgk crita ni. Best action2 dia. Aaron Aziz n Saheizy sam (betulke ejaan ni) pun best ah..Teror betul cakp cina! Cuma part Shamsul Yusof tu, mcm banyak sgt dialog lah..haha..apa2 pun best lah crita ni.

Petang ni harap2 misi penyerahan resign letter berjalan lancar :p

Monday, April 19, 2010

Macam-macam ada

Saya sangat bosan berada di office sekarang..
semua serba tak kena..mungkin sudah muak dgn sikap orang2 di sini..macam2 hal dan karenah..tikam sesama sendri, saling mengata dibelakang, politik sesama sendri dan mcam2 lagi..tambah lagi dengan timbunan kerja yang banyak dan juga head demon yang suka bagi kerja dia pada saya! ah..selalu buat saya menyampah dengan dia. ye, mmg tak salah saya bantu dia, tapi kalau selalu sangat timbunkan kerja yang patut dia buat pada saya, bila masa pulak saya mahu settlekan kerja saya?

saya pun sekarang sudah muak lihat telatah 2 orang yang menyakitkan mata saya. Seorang lelaki yang sudah beristeri dan ada anak, sorang lagi seorang isteri yang tengah dalam proses perceraian dengan suami yang suka memukul. haih..sakit mata tgk lelaki miang dan perempuan yang suka melayan ni! terbisik bisik, tergedik gedik! pls lah..nak bermanja manja, nak tenung2 bukan kat sini ok. Sakit mata tengok. Saya yang mula2 kesian dengan si perempuan, mula rasa marah pula. Ye, kesian sbb dia menjadi mangsa si suami yg panas baran, tapi dlm masa yang sama, marah pula kat dia sbb suka melayan lelaki2. Sikapnya yng suka melayan lelaki ni bukan baru je jadi, tapi sebelum dia mahu bercerai juga sudah berperangai mcm tu. haih, pantang betullah org mcm ni.

Si lelaki ni pun satu. Perangai pun tak ubah2. Dah kawen buatlah cara dah kawen. Ni nak tenung si perempuan mcm nak makan jer. Sekejap2 bertandang nak borak2 dengan senyum2 kambing. haih, rimas betul saya yang duk dekat belakang si perempuan ni.

Siapa yang tak suka entry ni, tak yah la terus baca ok. Ini luahan hati saya yang sangat sebal sekarang ni. Saya cukup pantang lelaki dan perempuan yang dah berkawen tapi masih tergedik2 lagi dengan orang lain. Mintak2 saya dan en suami tak terjebak dalam situasi ni. Saya crita juga dengan en suami hal ni. Dia suruh saya buat mcm biasa jer. Buat apa nak tensen pasal org lain. Kang orang tu takde apa2, saya yang tensen sendri.hmm..tgh cuba juga untuk buat donno, tapi masih tak boleh. Nanti2 saya cubalah.

Tapi, apa2pun, saya rasa, saya dah tak boleh lagi berada di sini. Sudah tiba masanya untuk saya beredar pegi dari company ni. Esok, sebagai permulaan, saya dah dapat satu panggilan interview kat tempat yang tak jauh dari kajang..yeeaahh!! doakan saya berjaya ye :)

Wednesday, April 14, 2010

Indah

Melihat berita2 di dada-dada akhbar yang makin menyesakkan sekarang ni, saya terasakan mahu lari dari keadaan huru hara ni. Saat-saat begini, saya selalu teringat hasil nukilan seorang sahabat. Nukilan indah yang terkeluar selepas dirinya menikmati keindahan alam ciptaan Allah di sebuah tempat yang sangat aman dan sejahtera. Sehingga sekarang, saya juga menantikan waktu untuk saya menjejakkan kaki sendiri ke tempat ini. Ahh..sangat indah jika semuanya mampu saya kecapi nanti. Insyaallah, perjuangan mesti diteruskan. semoga pengakhirannya nanti bukan hanya sebuah mimpi, tapi realiti.aminn..

A Place Called Paradise

I wish to live in a place that is peaceful

I wish to live in a place where there is no traffic jam

I wish to live in a place where everybody’s rides a bicycle

I wish to live in a place where the air is fresh

I wish to live in a place where the trees are everywhere

I wish to live in a place where the food is good and delicious

I wish to live in a place where the kids are smart

I wish to live in a place where the servants are nice and friendly

I wish to live in a place where the cows are fat

I wish to live in a place where not even an inch of land is useless

I wish to live in a place where even our waste is useful

I wish to live in a place where the mosque is big

I wish to live in a place where the hotel door-boy is polite and smart

I wish to live in a place where everybody who live there is happy

I wish to live in a place where there is no crime

I wish to live in a place where education is valuable and mostly important

I wish to live in a place where the university is in the best quality

I wish to live in a place where the paddy fields are green and wide

I wish to live in a place where the stp is not stink at all

I wish to live in a place where there is no problem at all

I wish to live in a place where the mangoes are big

I wish to live in a place where the fruits are sweet

I wish to live in a place where the weather is fine

I wish to live in a place where we can walk on the pedestrian walk

I wish to live in a place where the students are all in a same size based on their grades

I wish to live in a place where the leader is brilliant

I wish to live in a place where people live in rules

I wish to live in a place where my children will become a world/country leader someday

I wish to live in a place where my children will manage to get a Ph.D and become a football player in 25 yrs old

I wish to live in a place where people know the holy Al-Quran very well

I wish to live in a place where the land has no fence at all

I wish to live in a place where there is no feeling of insecure

I wish to live in a place where everybody is healthy

I wish to live in a place where everybody working sincerely

I wish to live in a place where nothing is impossible

If I’m not able to make all my wishes come true, I’ll make sure I’ll do that for my childrens…

Friday, April 9, 2010

tidak mahu terkena lagi

Saya asyik diserang migrain lately. Angin dalam badan pun bertambah banyak. Semalam terkena lagi. Nasib baik hawa drive kan keta waktu balik kerja, dan k aleya tolong urutkan kepala mlm td. Lega skit kepala waktu bangun tdo tadi. Saya malas nak fikir dah kenapa boleh diserang migrain.

Kadang2 dah jaga makan minum n tak kena panas pun kena jugak. Saya sekarang pun malas nak berpantang minum nescafe! haih, mungkin sbb tu terkena migrain semalam. Asyik mengantuk je waktu office sbb tu minum nescafe. Saya sekarang pun tak mkn apa2 suppliment or multivitamin. Sbb tu badan asyik penat. Dengan beban kerja yang banyak dan perjalanan pergi balik kerje yang jauh.

hmm..dah tiba masanya untuk saya lebih berdisiplin lepas ni. Lebih berdisiplin untuk makan multivitamin dan jangan selalu minum nescafe!

Wednesday, April 7, 2010

ikhlaskah?

sudah banyak kali saya terlihat mereka membuat sekat*n di area office saya..saya selalu terfikir, gigih betul mereka tgh2 hari buta ni membuat kerja. Walaupun hati merungut sbb kdg2 jln jammed disebabkan mereka, tapi kadang2 rasa ok juga. Kerana minda positif saya mengatakan mereka mahu pelihara keselamatan dan keamanan. Mungkin ada yg mahu mereka cari.

Harini, tanpa saya sedar, saya telah diintai sewaktu menjawab panggilan telefon bimbit sewaktu memandu. Natijahnya, saya ditahan mereka. Dan sebagai perencah perisa yang menyedapkan lagi keadaan, lesen memandu saya telah tamat 2 hari lepas!(saya pun tak ingat nak check lesen tamat bila) Saya sudah pasrah, mesti kena punya ni. Dlm hati dah menyumpah2, menyesal pulak jawab panggilan telefon td. Apa kesudahannya peristiwa td? anda sajalah teka.

Tapi, selepas berlalu peristiwa td, hati saya sangat marah dan kesal. Saya ingatkan mereka ikhlas sebelum ni, tapi rupa2nya ada udang disebalik mee. Owh, mmg berbaloi penyeksaan mereka dibawah terik mentari rupanya. Hai manusia, bilakah kamu benar2 mahu deliver kerja kamu dgn amanah dan ikhlas? Agaknya, yang terlarang itu yang sedap untuk dilanggar yer?

fikir2kanlah..

Thursday, March 25, 2010

1 komuniti

Sangat busy 2-3 hari ni. Hari ni berehat skit then esok sampai next week bertungkus lumus lagi. waa..banyak betul final account nak kena settlekan. Sekarang pun asyiklah kena turun site. wah! mukaku pun dah jd sanjivani dah..haha..bertambah gelap! mak aih, panas betul dkt site. Pulak skrg tgh nak finalize quantity pokok2 kat KLGCC tu..mak aih..

Saya tak mahu cerita hal office lah. Mahu kongsikan pengalaman baru saya duduk di tempat baru dan bersama2 dgn saudara2 saya. Saya baru jer berpindah ke kajang. eh, tak baru sangatlah, dah nak sebulan duduk kt kajang ni. Tak pernah pun terfikir sebelum ni yg satu hari nnti saya akan duduk kt sini. hehe..jauh jugak kajang ngan tempat keje saya skrg. Tp alhamdulilah, saya berjaya menempuh juga sebulan ni. Saya happy duduk di kajang. Saya dan en suami, duduk bersama 4 keluarga sahabat yang lain di tempat baru ni. hehe..jiran sebelah menyebelah saya adalah sahabat2 saya n en suami. wah..sangat best lah. tak perlu buang2 duit nak call n tanya kabar. Boleh ketuk pintu jiran sebelah bila2 masa, ada jiran sebelah yang monitor rumah apabila kami keluar keje n sentiasa ada peneman bila en suami outstation.

Senang duduk bersama-sama dalam satu komuniti ni. Boleh saling bantu mebantu, boleh saling nasihat menasihati dan yang penting hubungan silaturrahim bertambah baik. Selain tu, secara tak langsung, saya pun dpt anak2 'segera'. hehe, si pelat mikhail yg sangat suka bertandang ke rumah saya n peneman setia saya waktu en suami tak ada. Sekarang, bila saya sorg2, tak sunyi lagi, sentiasa ada peneman di sisi. Bila balik kerja, terubat stress bila anak2 comel tu ada. nampak saja kereta saya n sahabat saya hawa (kami berkongsi kereta ke tempat keje) perking dpn gate, trus mereka menjerit. "nak ke rumah auntie! nak ke rumah auntie! nak tgk rabbit." hehe, anak2 sangat comel dan tulus kan!

Banyak lagi kelebihan duduk dekat2 ni. Saya kena sambung semula kerja. Ok lah, have a nice day! :)

Friday, March 12, 2010

kangen berat


kangen berat sama chenta hati saya...



lagi 3 hari..haih..dah seminggu en suami o/station..



nasib baik ada mereka yang menghiburkan..



dan juga rajin meneman saya tidur...hehe


juga tidak rasa sunyi bila ada..



si nunu yg comel :)

tapi, kangen tetap kangen!

Wednesday, March 10, 2010

percaya ker?


semalam saya bawak nunu ke office, sbb tengahari nak gi klinik untuk bukak jahitan di badannya. Alhamdulilah, setakat smlm, nunu makin sehat. ceh, nunu mcm tak sakit lgsung pun, active mcm biasa bila lepaskan dia dr cage. tp dr jenny tak bagi nunu lasak2 sgt lg..hehe..alahai la nunu, tak sangka la pulak masih dpt tgk nunu main2..luv u nunu! :p

smlm juga, buat kali kedua, seorang lagi officemate menegur saya. katanya tak elok bela binatang (dlm keadaan saya yang belum dpt anak lg ni). pantang katanya. mcm dia dulu, bela jugak binatang2. then susah nak dpt anak.lepas setahun dia tak bela binatang, baru dia bleh trus pregnant. mak aih..berdesing telinga saya mendengarnya. tapi mls nak argue, senyum je lah kan.

mereka berdua (yg menegur saya) trus berbual2, katanya mungkin ada badi nnti. dan nnti mungkin si binatang peliharaan akan berdoa supaya kita x de anak. masyaallah. terkejut saya dengar. dalam zaman skrg ni, masih ada lagi org2 yang percaya perkara2 karut mcm ni. bukan saya mau bongkak atau apa, tapi bukankah semua ketentuan di tangan Allah? sebelum ni, saya tak bela binatang, tak dpt jugak anak kan? semua atas tangan Allah yg menentukan. kita hanya perlu berusaha jer. ahh.. kalau semua perkara atas muka bumi ni ada pantang larang karut mcm tu, susah la. sedangkan apa yang Allah tetapkan dalam Al-quran dan Sunnah pun masih terkial-kial lagi manusia nak ikut, lagi nak buat ketetapan yg karut2 tu!

Tuesday, March 2, 2010

petang yang gelap *updated*


Rabu lepas, saya hampir2 kehilangan nunu, si arnab kesayangan saya. fuhh..sangat scary that day. Ptg tu, saya balik kerja dgn perasaan happy. heh, tak sabar nak bermain dgn nunu. saya juga baru belikan makanan baru untuk nunu. bila saya sampai rumah, saya nampak en suami sedang merenung sesuatu dgn muka berkerut. Tanpa sempat saya tanya, en suami terus bgtau,

"yang, perut nunu pecah!." (nunu ada benjolan dibawah badannya. semakin hari semakin besar)

ini waktu mula-mula sampai rumah kami. tgh sakit perut time ni.monyok saja

saya terperanjat. Terkedu antara mau percaya atau tidak percaya. Saya berlari ke bilik kerana tak terbayangkan keadaan nunu dgn perut yang terburai. Air mata dah nak terjatuh dah. Saya takut nak dekat dan lihat keadaan nunu disebalik rak TV. saya kuatkan semangat, dan dtg dekat ke arah nunu. saya lihat nunu sedang menjilat2 badannya. fuhh..sedikit lega waktu tu, kerana saya sangka en suami hanya nak main2kan saya. Tapi tak lama kelegaan ku, kerana selepas tu, saya terlihat usus perut nunu yang kemerahan dan terkeluar dari perut. ya Allah, tak dapat saya bayangkan keadaan tu.

"yang, jom gi klinik, kita hantar nunu!"

saya terus mengajak en suami. saya tahu, en suami juga terperanjat dan tak tau nak buat apa waktu tu. kami terus bergegas, bersiap untuk menghantar nunu ke klinik. antara berani dan tak, saya angkat nunu dan selimutkan nya dlm kain. kesian sangat nunu waktu tu. nmpk mukanya yang terkejut dan badannya yang sedikit menggigil. kami terus bergegas ke klinik. kami tawakkal jer waktu tu. sebenarnya saya n en suami tak pasti mana ada klinik haiwan. saya cuma teringat pernah ternampk satu klinik haiwan di dataran sunway. terus saya ajak en suami ke sana. panik saya sepanjang perjalanan ke klinik. risau bila lihat nunu makin lemah dan nak memejam mata. setiap kali en suami terlihat nunu nak pejam mata, en suami akan menekan break kereta supaya nunu sedar semula. lambat betul rasanya masa berlalu waktu tu. kami tercari-cari klinik tersebut di dataran sunway. tapi penantian saya sia2 waktu tu. sampai2 klinik tu tutup pulak. air mata nak jatuh lagi dah waktu tu. tak sanggup rasanya nak saksikan kematian nunu dpn mata saya.

en suami terus call BIL n bertanya lagi klinik haiwan yg terdekat. alhamdulilah, katanya ada lagi satu di kota damansara, tak jauh dari Restoran Subaidah. kami bergegas ke sana. tapi hampa sekali lagi. sampai2, klinik masih buka. waktu kami masuk, dr tgh busy bercakap di telefon. lama pulak terpaksa saya tunggu. bila settle, dr minta saya buka kain yang membalut nunu. terus dr tu geleng kepala.

" this i can't do anything. perut sudah terkeluar. mati je ni."

nak gugur jantung saya waktu tu. tak boleh ker dr tu bgtau saya dgn cara yang lebih baik. saya tau nunu hanya seekor arnab, tapi bgtau elok2 la. at least, cuba la sesuatu. kami terus panik. tak tau lagi mana nak tuju. last2, selepas kesian lihat kami tak tau nak buat apa, barulah dr ni bagi kami satu name card. kenalannya seorg veterinary surgeon. itupun dia kata lagi pada kami, cuba je lah pergi sana. tapi harapan mmg tipis.

kami terus gerak ke klinik yang dr tu bgtau. tgk2, klinik tu terletak kat area aman suria. ahh..sudah, saya takde idea langsung mana letaknya aman suria damansara tu. jam pun sudah lebih 7pm waktu tu. klinik tersebut buka sampai kul 730 pm jer. saya terus call klinik tersebut dan minta dia tunjukkan arah jalan. saya juga minta dia tunggu kami hingga sampai.

alhamdulilah, atas bantuan dr jenny, kami berjaya sampai hand n paws veterinary clinic and pet centr* tepat jam 730pm. Dr Jenny terus melihat keadaan nunu. kami berdebar menunggu di luar. tak lama kemudian dr jenny panggil kami. katanya, keadaan nunu dah teruk. perutnya terkeluar dan dah kehitaman akibat terdedah terlalu lama dan dah kena habuk dan sebagainya. kami diberi 2 option, operation ataupun tamatkan riwayat nunu. dipersimpangan betul waktu tu. peluang nunu untuk hidup pun 50-50. setelah dr jenny bgtau cost operation untuk nunu dalam rm200, kami terus decide untuk selamatkan nunu. at least cuba dulu selamatkannya. setelah urusan pendaftaran selesai, dan dr jenny dh explain semua pada kami, kami tinggalkan nunu di klinik. pasrah betul waktu tu.

kat luar klinik, kami duduk di tangga. termenung. waktu tu, baru en suami cerita pada saya. ptg tu, sebelum saya balik, en suami baru jer marahkan nunu. nunu sibuk menggigit kotak2 barang waktu tu. (kami selalu keluarkan nunu dari cage bila kami ada kat rumah. bagi ruang untuk nunu main2). lepas marahkan nunu, en suami terus mandi dan biarkan nunu bermain sendri. bila selesai mandi dan solat, en suami keluar bilik untuk lihat nunu. bila jer nampak kelibat en suami, si nunu ni terus jer melompat dari kotak yang tinggi dan terus menyorok bawah kerusi. en suami ingatkan tiada apa2, dan terus menonton tv. en suami hanya sedar apabila nunu dtg dekat tmpt rak TV dan ternampak sesuatu kat perut nunu. waktu tu, terkejut besar en suami. pasrah betul dia waktu tu. apa yg bermain kat fikiran dia waktu tu, dia akan melihat kematian nunu di depan mata. Nasib baik tak lama lepas tu saya sampai rumah. kalau tidak, mmg mati kutu en suami kt rumah sorang2 dgn nunu yang macm tu.

kami berborak lama depan klinik tersebut. Apa2pun, en suami kata, pasti ada hikmah dan pelajaran apa yg berlaku hari tu. kami belajar erti bersabar bila membela nunu. argh...tak pernah sangka pun kami akan membela arnab, dan dlm banyak2 arnab peliharaan pak ngah, kenapa en suami pilih nunu, n kenapa waktu tu, tak siapa pun perasan ada benjolan bawah badan nunu n kenapa kami yg dipilih untuk menghadapi situasi ni. walaupun hanya seekor arnab, pasti kejadian yang berlaku ada hibrahnya..

nunu dah selamat operation mlm tu. Jam 10pm dr jenny call dan explain nunu dlm keadaan stabil. perlu dimonitor di klinik untuk 2-3 hari. sekarang nunu dah pulang dan bertambah sehat :) alhamdulilah, setakat ni semuanya baik. insyaallah, 2-3 minggu lagi akan pulih. ususnya pun sudah kembali function. dr jenny pun dah jahit semula pusat nunu (dr jenny bgtau, sebelum ni, nunu lahir dgn pusat yang tak tertutup. sepatutnya selepas lahir, lubang pusat tertutup. sbb tu ada benjolan bawah bdn nunu). lepas ni takkan ada benjolan lagi. yeay! tapi untuk 2 minggu ni, nunu di bawah jagaan adik ipar saya. keadaan kami yang baru pindah rumah, tak mengizinkan kami menjaga nunu buat sementara waktu. lgpun, perhatian lebih perlu diberi pada nunu. rindulah pada nunu!

nnti saya upload gambar nunu yang berbandage tu ek..comel betul. saya lupa mana saya letak kamera saya. kena bukak semua kotak2 dulu.

nunu yg suka menjilat dan menggigit jari2 saya

Wednesday, February 24, 2010

CNY dan cuti2 malaysia

CNY dah habis baru nak buat story pasal CNY..hehe..

cuti CNY kali ni tak banyak sangat. Kami cuti start 13hb (sat) hingga 18hb(thu).Heh, bos nih, alang2 cuti sampai khamis, baik extend terus sampai sabtu. ye, ye..saya tau, keje melambak dan we're running out of time . So tak boleh la nak cuti lama2 kan.
CNY haritu, on adhoc punya plan, saya n en suami beserta sahabat-sahabat telah bercuti ke PD...! wah, mula-mula punya plan, hanya suami2 saja yang pergi untuk brainstorming session di PD (yelah, duduk di tepi laut sambil menikmati pemandangan dan udara yang nyaman, pasti dpt memberi idea yang bernas dan membuak2 kan..hehe) tapi akhirnya, plan telah ditukar di saat akhir. Huhu, kesiankan isteri2 dan anak2 yang kena tinggal kat KL kan. Plan yang mulanya nak pergi sehari je ditukar ke 2h 1m :)
Kami 5 keluarga, menetap di rumah nenek seorang sahabat. Alhamdulilah, nasib baik rumah tu kosong, kalau tidak, menjajau lah kami nak cari hotel/apartment untuk menginap..hehe..kebanyakan hotel/apartment fully booked time tu. Sangat best ke PD kali ni. Lokasi tempat tinggal yang strategik yang berdekatan dgn pantai, kemudahan lengkap untuk kami memasak, dan juga tempat tinggal yang nyaman. Kami memasak bersama-sama, tinggal bersama-sama dan berbrainstorming bersama-sama :) wah, sambil bercuti, sambil cari idea, sambil mengeratkan silaturrahim. Harap-harap, akan datang bleh pergi tempat lain pulak.


di sinilah kami menginap. Sangat rumah kampung, sangat nyaman dan sangat besar. Bestlah!


bercanda di pantai yang indah :p



Tiba di Kajang sekitar jam 6 ptg. Solat Asar dan sesi penutup.

Hari Khamis, masuk kerja, ada tarian singa/naga di ofis. Tahun lepas terlepas peluang nak tgk, sbb saya masih bercuti waktu tu. Kali ni, dapatlah tgk. Tapi, aksi stunt kali ni tak banyak. Masih muda belia lagi yang buat tarian singa/naga tu. Yang pro2 kena perform kat tempat lain. Tp apa2 pun, tetap best jugak! cayalah..paling best, saat bakar mercun lah.hehe, pekak telinga gue dengar bunyi mercun!



Tuesday, February 9, 2010

Kegembiraan baru :)

Mood bekerja sudah kurang sekarang. Mungkin sebab raya cina yang bakal tiba tak lama lagi. Menghitung hari untuk sampai hari Jumaat ni. Lepas tu boleh cuti!! Cuti raya cina start Sabtu ni hingga Khamis minggu depan.yeay! boleh berehat banyak2 di rumah :p Takde plan kemana manapun cuti kali ni. Sbb en suami cuti sehingga selasa jer. So, maybe habiskan waktu di rumah berdua jer..Eh! bukan berdua..kami sekarang sudah bertiga tau..haha..bukan tambahan ahli keluarga yer, tapi tambahan ahli rumah :p

Kami sekarang membela seekor arnab. hehe..hadiah dari Pak Ngah (sebelah en suami). Kami namakannya 'Nunu'..haha..ntah mcm mana ntah nama ni pulak terkeluar..Nunu..Nunu Valenchi..Excited sungguh waktu terima si Nunu ni. Tapi cuak jugak, sbb tak pernah saya bela arnab. Sebelum ni bela kucing adalah. Perasaan sangat gembira sejak bela si Nunu ni. Haha..sangat comel okeh..and sangat active..hehe..

Alamak, idea dh hilang pulak nak terus menulis. Sambung later lah..Happy Chinese New Year to all..kalau balik kg, hati2 di jalan raya ok..:)

Tuesday, January 19, 2010

Bersawang

Fuhh..bersawang dah blogku ini..sungguh tiada perasaan mengupdate blog. berperasaan untuk membaca blog org lain saja..:p

Secara ringkasnya update untuk tempoh bertapa ini :

1) saya mengikut en suami ke agenda AMP (annual management plan) company en suami dan rakan-rakanny di Kalumpang Resort and Training Centre di Hulu Selangor pada penghujung tahun 2009 tempohari. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kami semua. Bagaikan sebuah keluarga besar! :) Semoga apa yang dirancangkan pada tahun ini akan berjalan dgn jayanya dan saya akan terus mendukung kuat bagi menjayakan segalanya.

2) Penghujung Januari juga saya menghadapi sedikit krisis dgn seorang sahabat. Sedih juga rasanya. Mungkin dia rasa saya terlalu memaksa. Tapi dgn keadaannya yang mendiamkan diri, tidak membalas sapaan saya di sms dan tidak menjawab panggilan saya, sudah pasti membuat saya bimbang. Apa-apapun, saya berharap supaya dirinya jelas dgn tindakan saya pada masa itu. Kerana apa yang saya kongsikan pada dirinya dan keluarganya sangat2 penting. Rindu juga mau bertegur sapa seperti biasa dgnnya, tapi, mungkin dia masih perlukan masa. Saya sentiasa berdoa supaya dirinya sekeluarga sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. amin..

3) Bulan Januari ini, bulan kelahiran PIL. Birthday FIL di sambut di rumah saya dan en suami. Alhamdulilah, majlis sederhana untuk kami sekeluarga, tapi sangat terasa hubungan kekeluargaannya :) Birthday MIL pula, kami sambut bersama2 diluar.

4) AJL tahun ni, saya rasa antara AJL yg terbaik pernah saya tonton. Saya mempu melawan kemengantukkan saya sepanjang ianya berlangsung :p kami dapat tiket free untuk menonton AJL di stadium putra, tp malas mau bersesak2, menonton di rumah juga sudah puas hati. Saya tak maulah komen ttg kemenangan2 yg tak dijangka pada mlm tu. hmm..lihat barisan para juri je, sy sudah dpt mengagak siapa bakal juara mlm tu..oppsss!

5) Last Friday, boss sms kami semua. Cuti hari sabtu dibekukan sehingga penghujung februari. Arhh..alasannya kerana tuntutan kerja yg melambak untuk KLGCC project. Jikalau ada allowance tambahan, boleh juga kerja dgn lebih ikhlas (:p dasar manusia mcm saya, mmg macam ni!hehe..)

6) Sepatutnya, mulai minggu ni, kami staff di contract dept kena berpindah sementara waktu di site office KLGCC.hehe..tapi sampai hari ni, kami masih tercongok lagi di ofis nih. Huwaa..kerja lain melambak lagi, mcm mana mau lari ke site sana pulak..huhu

7) Ofis kami mengalami gangguan bekalan elektrik selama beberapa hari bermula jumaat minggu lepas. fuhh..susah betul kami semua. Jumaat, elektik problem dari jam 12 tghari hingga 530 ptg ( kerja satu pun tak dapat buat..menunggu punya menunggu, jam 4 baru boss bagi pelepasan balik), hari sabtu dan isnin juga ada gangguan. Mau menangis rasanya. Kerja tgh banyak. n paling worst sekali, kami ada tender yang mau disubmit pada hari selasa! Aduhai, 8 document kami kena siapkan. Measure qty, letak harga and etc. Mintak extension dr client pun tak diendahkannya. Alasannya, job mahu di award secepat mungkin! Tak rasional sungguh, khamis petang baru boleh collect tender document, and selasa ptg sudah kena submit. Aiiyoo..dgn quantity nya takde..mcm lipas kudung la kami sudahkan tender tu pada hari isnin mlm. Alhamdulilah, hari selasa, elektrik sudah ok. Kami berjaya juga siapkan tender tu pada jam 2.30 ptg. kena submit sblm jam 3 ptg! (haha..tender tu kami submit untuk buat syarat jer..kalau tak participate, lain kali tak berpeluang lagi untuk perticipate. Harap2 tak dapat lah..sbb skrg mmg full job in hand)


Finally! hehe..muka gembira setelah seharian bertungkus lumus menyiapkan tender :p