Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

hidupku sangat suram hari ini tanpa....BARN BUDDY! entah kenapa la tak dapat bukak ladangku hari ni..menyampah ok..saat2 boring buat keje kt ofis ni, tak dapat la menebas dan menyiram pokok. entah kenapa agaknya..hmmm
apa aktiviti anda cuti 3 hari yang lepas? hehe..saya? hanya menghabiskan masa di rumah. fuh..2 hari setengah tak keluar langsung. Berehat jer kt rumah n masak untuk buka n sahur..keluar shopping pun takde jugak. Dengar mcm boring jer kan? tapi best sebenarnya..haha..duk depan TV 24 jam.
Tapi, dalam keadaan saya berehat-rehat di rumah tu, rupanya seorang sahabat sekolah saya, Aeda tengah diuji kesabarannya. Anak kecilnya masuk ICU hari sabtu yang lepas, dan pagi semalam, si kecil Nujaid telah meninggal dunia. Terkelu saya waktu menelefonnya semalam pagi. Hasrat saya, untuk bertanyakan khabar anaknya, tapi berita sedih yang saya terima. Waktu saya menelefonnya, si kecil nujaid baru saja meninggal. Saya tau, aeda cuba menahan sebak, dan saya tak sanggup untuk memanjangkan perbualan. Besar dugaan buat dia dan keluarganya...tak dapat bayangkan jikalau saya ditempat dia.
Al-Fatihah..
Sedikit cerita ttg Nujaid di blog wawa

Wednesday, August 26, 2009

Jenguk sana sini, kebanyakan blog cerita pasal makanan..hehe..best plak nak tengok..haha..bukan tengok resepi, tengok gambar makanan tu ada lah..eh, kurang pahala plak nnti :p
Tahun ni, tahun kedua berpuasa dengan en suami. Tapi tahun ni, tahun pertama berpuasa di rumah sendiri. Setakat masuk puasa hari ke 5 lima, belum lagi saya memasak untuk berbuka. Hari pertama berbuka di rumah PIL. heh, bahana sampai lambat, semua lauk pauk dah tersedia. Hari kedua, berbuka di rumah BIL plak. Kali ni pun takde masak2, beli di pasar ramadhan jer. Hari ketiga dan keempat, berbuka berdua je ngan en suami. Tapi, masih saya tak masak sendiri jugak.
Hari ketiga tu, saya kena tahan dengan head demon saya. Jam 545, saya dah bersedia angkat beg nak balik, en suami pun dah tunggu, tiba2 si head demon ni suh saya stayback pulak. Mak aih..geram betul kat dia. Dari awal2 tak mintak saya sudahkan tender yang dia buat tu. Time saya dah angkat beg tu la baru nak suh saya buat. heh, kalo ikutkan hati, mmg nak blah jer. Tapi memandangkan kalo saya yang tak sudahkan keje tu, alamatnya esok saya jugak yg kena buat. Sbb sudahkan keje tu, saya keluar ofis jam 7.00! Kesian en suami, terpaksa buka lewat hari tu. Semalam, saya balik sharp2, jam 5.30pm, tapi tak memasak juga untuk berbuka. hehe, mengalahkan orang yang pregnan n menyusukan anak plak saya ni..:p tapi saya akan pastikan tak berlarutan la episod membeli juadah di pasar ramadhan ni. Mau pokai tiap2 hari beli!
hmm..rindunya nak berbuka puasa ngan mak n bapak..

Monday, August 17, 2009

Perintah Berpuasa

Firman Allah;

Al-Baqarah : 183 - Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Selamat Berpuasa untuk semua :-)

Friday, August 7, 2009

Riang Ria raya ;-p

Pejam celik, pejam celik, tak perasan hari2 berlalu dengan pantas. Sedar-sedar sudah hari jumaat hari ni. Dua minggu lagi kita bakal menyambut Ramadhan al mubarak. Alhamdulilah, puasa ganti dah settle semua.
Macam mana dengan persiapan raya tahun ini? Semua org sudah sibuk membeli dan menempah baju. Saya? beli pun tak lagi, apatah lagi tempah jahit..hehe..tapi, seperti biasa, mak saya dah siapkan awal2 baju raya untuk saya dan en suami..terima kasih mak!mmuuahhhh!..hehe..dari kecik2 sampai dh kawen ni, mak yg selalu uruskan baju raya saya. Saya mmg malas mahu beli baju awal2, dan kebiasaannya, tak perlu beli pun..haha, sbb mak dh belikan dulu. Tahun ni, bapak belikan baju raya untuk semua anak menantu n cucu. Boria la tahun ni (ada gathering family blah bapak saya pada raya ke-2) seperti biasa, mak la yg menjahitnya. Tapi sejak mak buat operation buang ketumbuhan 3 tahun lepas, mak dah kurang menjahit. Kami pun tak bagi mak ambil upah jahit baju lagi. Mak hanya menjahit skit2 jer. Kalau nk kenang waktu dulu2, biasanya waktu mlm raya mak mmg kurang tidur sbb nak siapkan tempahan baju raya. Biasanya baju raya abang2 akan siap pagi raya. Ramai suka tempah baju dengan mak. Walaupun mak menolak, ramai ttp hntr kt mak. Agaknya dh selesa dengan jahitan mak. Jahitan baju melayu mak pun mmg tip top :-p
Heh, bulan ramadhan baru je nak menjelma, tapi dah sibuk cerita pasal raya kan? Apa2 pun, semoga Allah berikan kesempatan pada saya lagi untuk menjalani bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.