Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

msg from someone 'salam...pekaba? dah pegnen ke?
ye, ianya hanya satu msg yg ringkas, tapi besar maknanya pada saya. wth dia nak tanya saya soalan ni. sedangkan saya dan dia tak kenal rapat pun. kenalan masa lalu yg saya sendiri dah tak ingat sangat bagaimana hubungan kami. memang kami pernah berchatting 2-3 bulan lepas. tapi saya tak expect ini soalan yg akan dia tanya selepas berapa lama kami tak berchatting. ye, mungkin dia nak beramah mesra dengan saya, tapi saya tak gemar soalan ni.
tak kiralah kalo org lain rasa soalan ni takde apa2 meaning ataupun tidak menyakitkan hati. tapi saya tidak. ini soalan sensitif buat saya. dan kalau betul pun saya dh pregnant, apa hal dia nak menyibuk?
saya belum pregnant lagi.. itu kenyataan nya sekarang.. dan buat masa sekarang, ini soalan paling sensitif buat saya. tolong jangan bertanya, tapi doakanlah saya. pertanyaan itu hanya akan menambahkan lagi je rasa pahit. kadang2 saya boleh terlalu positif dengan ketentuan Allah buat saya pada masa ni. ye, God works in mysterious way..mungkin ada hikmah saya tak dikurniakan cahaya mata sekarang. tapi sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan, yang boleh jadi lemah dan negatif dalam sekelip mata..

Monday, July 6, 2009

Bad Mood

Saya takde mood hari ni. Bukan disebabkan kena saman td yer, tapi sbb fikiran sangat berserabut hari ini. Ditambah dengan karenah org2 sekeliling yang kadang2 saya muak dengan sikap mereka. Kenapa orang2 kita suka ambil kesempatan dan suka tikam belakang??! Saya sangat tak faham dengan mereka. Saya cuba lari dari mereka, tapi tak boleh. Sebab mereka ada disekeliling saya. Kalau nak lari, kenalah saya korbankan kerja dan masa depan saya. hmm..sabar mungkin jalan yang terbaik buat masa ni...positive dan terus positive..
Semalam termimpi sahabat saya. Sahabat suatu masa dulu, tapi saya tak tahu akan datang bagaimana. Mungkin mimpi sebab saya rindukan dia, ataupun mimpi sbb saya sgt marah dengan tindakan dia...yea, saya sangat marah dengan dia skrg. Tak sangka dia akan terjebak sama dalam konspirasi menjatuhkan apa yg saya tengah perjuangkan. Harap2 supaya dia sedar diri..harap2 dia meyedari, tindakannya adalah tidak wajar..hmm..walaupun marah pada dia, saya tak nafikan, saya juga rindukan dia..aduhai..