Friday, February 27, 2009

Sindrom

Saya tiada mood membuat kerja hari ini. Sindrom yang negatif ini bukan sahaja berlaku pada hari ini, tetapi sudah berlarutan lebih dari seminggu.owh..bilalah saya akan jatuh cinta pada kerja saya ni?? Waktu-waktu sindrom ini menyerang, mahu saja rasanya mengambil EL dan pulang kerumah menonton tv, tidakpun pergi menonton wayang ataupun bermain boling dan berjalan-jalan menaiki kereta berdua bersama en suami, tentu seronok!!

Thursday, February 26, 2009

Stress

Sewaktu saya menggodeh-godeh website, saya terjumpa ini. Mungkin dapat membantu kita semua dalam menghilangkan stress..terutamanya saya..hehe

The link: 101 Ways To Relieve Stress

saya mahu menonton wayang dan makan popcorn..yeeeaahh!!

Macam-macam

1. Saya telah selamat menyain appointment letter untuk sambung kontrak di ofis saya. Kontrak saya disambung sehingga hujung tahun ini. Alhamdulilah, dalam time kegawatan macam ni, bos saya masih mahu menyambung kontrak saya. Saya gembira dalam sengsara sebenarnya! erk...Gembira kerana saya tidak perlu lagi mencari kerja baru buat masa sekarang (sebab saya mmg malas untuk mencari keje2 baru) tapi derita sebab terpaksa berdepan dengan bos yang sangat garang..bos saya suka membawa aura negatif dalam ofis saya! (mengarah, memekik, mengeluh, menempelak..bla..bla..pada setiap pagi dan pada setiap masa dia masuk ofis) saya rasa dia tidak perlu bersikap begitu. Walaupun saya jarang terkena amukannya, tapi saya yang mendengarnya marah rakan sekerja pun sudah membuat saya kecut perut. Apa-apa pun saya perlu bersabar dan tetap positif. Mungkin bos saya risau dengan keadaan sekarang, ekonomi gawat, projek makin berkurangan, duit semakin berkurangan, atau pun mungkin sebab buah hatinya kat ofis ni sudah berboifren baru..erkkk..mungkin??

2. Saya kecewa lagi bulan ni. Saya kesian en suami, saya tau dia pun pasti kecewa..tapi terima kasih pada dia sebab tetap berada di sisi saya dan terus mencintai saya.

3. Malam tadi, saya bertanya lagi pada en suami. " Yang, bile kita nak pindah?" dia menjawab. " Nak pindah ke?" hmm..sudah tentu saya mahu pindah. Saya mahu privasi kami sendiri, sejak berkahwin, kami duduk serumah dengan keluarga en. suami. (saya selalu menyalahkan papa sbb kalau bukan kerana dia, kami sudah lama boleh tinggal di rumah sendiri !)

4. CSI new season sudah bermula. Sudah lama saya tunggu. erk..tapi waktu siarannya sama dengan drama Mertua Vs. Menantu di astro prima. Drama kesukaan mak mertua saya (dan saya juga :-p). Nasib baik ada ulangan pada hari ahad, takdelah saya menggigit jari.

Saturday, February 14, 2009

birthday mak n kelahiran baru

11 februari yang lepas bday mak yang ke-63..SELAMAT HARI LAHIR MAK..walaupun tak ada sambutan yang meriah, tp kasih sayang kami adik beradik tak pernah luntur untuk mak..(tq k.apies sbb celebrate kn bday untuk mak) ..mak diusia 63 tahun ni masih tetap nampak muda dan ceria..my MIL pun puji mak nmpk muda!! :-) mak pun masih kuat lagi.alhamdulilah, masih mampu untuk menjahit dan menjaga cucu-cucu nya (walaupun kami dah suruh mak berhenti mengambil upah menjahit, mak tetap terus menjahit). tak boleh duduk diam mak ni. mak adalah idola saya..selalu kagum ngan mak yang selalu sabar melayan karenah bapak dan kami adik beradik..mak selalu berada di samping bapak dari dulu sampai sekarang.mak selalu cerita time mak muda2 dulu.terpaksa duduk dengan keluarga mertua, duduk dengan kakak2 ipar yang suka membuli, dan bersabar dengan bapak yang selalu tak ada di rumah (bapak zaman muda2 dulu selalu keluar bekerja..mcm2 kerja..mak pernah cerita, bapak dulu pandai bermain biola).



kami susah dulu, mak dengan bapak kena berhenti sekolah sebab kena tolong family menoreh getah. mak hanya sempat belajar sampai darjah 2 jer dan terpaksa berkahwin dengan bapak pada usia 14 tahun (erk..sgt muda kan..) kalo nak ikutkan mak seorang yang pandai.tapi demi bantu keluarga, mak kena berkorban. sebab mak tak dapat habiskan belajar, mak berazam agar kami adik beradik tak menjadi mcm mak. mak selalu nasihat agar kami belajar sungguh2 dan mengubah nasib keluarga. alhamdulilah, sekarang impian mak jadi kenyataan. kami 7 adik beradik berjaya.



Terima kasih mak. kami sayang mak. (tiba-tiba teringin sangat nk makan asam pedas mak..huhu)











pada tarikh yg sama, pada jam 5.24 ptg, kembar saya aftra selamat melahirkan anak ke-3 seberat 2.40kg..alhamdulilah (girl lagi!!) seminggu sebelum kelahiran si cilik ni, aftra dh masuk hspital sbb baby dah tak sabar nak keluar, tapi doktor terpaksa tahan, sbb baby belum cukup 9 bulan, baru 35 minggu..after 1 minggu, baby pun keluar (tapi time ni doktor kata baby dh matang n dah boleh melihat dunia). selamat datang untuk si cilik ke keluarga besar Hj. Ahmad.semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi anak kebanggaan keluarga. untuk kakak anis n kakak damia (sian damia, status adik dh kena amik) selamat menjadi kakak yg penyayang !! yeeaayy!

Tuesday, February 10, 2009

1st Entry

selepas puas saya membaca blog2 org lain, akhirnya hari ni saya create jugak blog sendiri..:-)

saya buat blog ni, bukan sebab ikut-ikut orang, tapi bagi saya, ini salah satu cara saya untuk melepas perasaan dan menghilangkan stress (dlm masa yg sama cara membuang masa waktu office hour ;-p)

saya rasa blog ni juga satu tempat untuk saya mengasah skill penulisan saya dan berkongsi info yang bermanfaat untuk saya dan semua..

ada orang selalu ingatkan saya..tanda bahawa saya memahami sesuatu adalah saya mampu untuk memahamkan org lain..hoho..so..test power dekat sini la..if people understand ngan info yang saya cuba sampaikan..itu bermaksud saya faham info yang saya dapat tu..hehehe