Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Sampai Bila??!!

Seluruh Negara tengah kecoh pasal kes ragut. Tak tahulah bila masalah ini akan selesai. MHI pagi tadi pun membincangkal hal ni. Ramai caller yang beri macam-macam suggestion dan berkongsi kisah mereka. Ada yang suruh tambah/kuatkan hukuman la. Ada yang salahkan mat rempit la.Macam-macam ada.Masalah ini saya rasa takkan selesai. Makin bertambah buruk, bukan makin elok.Selagi hukum yang terlaksana masih dikuasai oleh hukum jahiliyah, jangan harap la masalah-masalah ini nak selesai. Jalankan hukuman seberat manapun, pasti tidak akan kurang. Bukan saya bersifat negatif dalam hal ini, tapi Allah sudah tegaskan dalam Al-Quran.

Al-Maidah, ayat 50- Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (QS. 5:50)


Bezakan dengan keadaan sekarang? Hukum manusia lagi berleluasa. Maka tak hairanlah masing-masing mengikut hawa nafsu sendiri. Orang sekarang lagi takut dengan hukum manusia daripada hukum Allah. Maka, secara logiknya, tak mustahil lah keadaan sekarang makin teruk. Undang-undang civil pun masih di atas dari undang-undang syariah. So, apa yang kita expect??!
Dan dalam kekecohan masalah ragut ini, saya rasa masalah yang disebelah ini, lagi la kecoh. Sewaktu tengok Buletin Utama malam semalam, saya terfikir, kalau macam inilah ragamnya pemimpin-pemimpin yang bakal memimpin dan membela nasib kita, terbelakah kita????!!


Thursday, March 26, 2009

Orang kita

Semalam telah berjalan proses pemilihan majlis tertinggi UMNO. 3 muka baru telah di angkat untuk menjadi pemimpin sayap-sayap UMNO. Saya tidak mengambil port pun sebenarnya, bukan kerana saya kurang patriotik, tetapi sbb saya dh malas nak melayan hal-hal politik yang sekarang ni semakin meloyakan dan ntah apa-apa. Semalam, saya terpacak depan TV kerana mama n papa khusyuk mengikuti siaran langsung tersebut. Saja nk feel the site jap..hehe..join diorg tgk jap, pastu mls dah ..sy angkat kaki naik atas.



Saya sudah malas sebenarnya dengan situasi politik di negara kita. Macam-macam hal, tapi yang nyatanya, org kita Melayu yang pastinya islam semakin berpecah belah. Perjuangan org-org dulu dengan sekarang sangat berbeza. Ahh..sekarang semuanya tak telus, penuh dengan drama dan penipuan dan yang pasti kena ada wang!? Saya tidak pasti, ke mana arah tuju politik negara kita. Kadang-kadang terasa seperti org Melayu kita dipermain-mainkan oleh bangsa lain dan yang lebih menyedihkan lagi, kita di permainkan oleh bangsa kita sendiri. Sampai bila ntah agaknya org-org kita mahu berbalah, berpecah dan mengikut arah tuju masing-masing. Rentetan daripada itu, tak hairanlah jika sebenarnya org islam berpecah belah. Adakah kita org islam hanya mahu bersama-sama dalam melakukan demonstrasi jalanan, bersama-sama memboikot barangan yahudi tetapi tidak mahu bersama-sama dalam hal kepimpinan?



Bak kata Nabil, " Lu, pikir la sendiri!". Tidak kemana kita nanti, hanya gah di bahagian politik tapi longlai di bahagian lain. Jangan sampai tergadai body di tanah air sendiri sudah. Malas dah nak cerita panjang..