Tuesday, December 22, 2009

1 Vs. 3

Saya berhadapan dgn perang 1 lawan 3 siang td. heh, perang yang memenatkan badan n kepala otak!

Perang dengan client sebenarnya. Meeting for handover project and discuss variation works (additional or omission of scope of works). Sepatutnya saya perlu attend dengan our site supervisor, tp dia busy pulak kononnya dengan project lain (walhal saya sudah berkali ingatkan ttg mtg jam 10pg td).

Dengan saya yg sampai lambat, client dah menunggu hampir 20 minit (yup, silap saya membuat client tertunggu) Kami teruskan meeting dgn kehadiran saya dan 3 orang dari client side. Meeting yang saya jangkakan mampu habis dalam masa satu jam berjalan akhirnya dalam masa 3 jam! Huish, berperang bersilat saya td sorang2. Hampeh sungguh pada site supervisor tu, kata nak menyusul saya, tapi sudahnya saya menghadap 3 monster tu sendirian. Huh, hati terbakar sungguh td.

Inilah client, bila kerja dah siap, mcm2 pulak yang nak dipotongnya. Hello, we are not doing our job for free ok. Kalau buat bisnes tapi takde profit, kerja amal la jawabnya oii. Semuanya nak mintak kami bg FOC. Every single item kalau boleh mahu dipotongnya. Mak aih..dulu time kami tunjuk BQ (bill of quantities) dgn price kat dia, setuju. Siap time tu bagi discount lagi. Tup2, time nak handover nih, nak mintak potong lagi. Inilah masalahnya berdiscuss dengan org yg bukan dari construction base. Saya dah terangkan work procedure pun diorg tak faham2. Asyik je tanya, why u must charge us for dismantle? now why u charge us for install back? hello, ingat labour nak bukak and nak pasang tu sama ker? We all not charge membuta tuli tau.

Itulah td kisah hr ni. Ujian betul. Tak report pada boss lg ni. Tp tadi ms client dah call my boss mengadu nak potong itu ini. Well dia kata my boss kata ok jer. Tak tahulah, keputusan semua pada tangan bos. Nak potong ke nak tambah ke keputusan dia. Tugas saya hanya untuk memastikan company ni dapat profit jer (but not sampai charge benda2/ kerja2 yang merapu n not done at site ok)

Oklah, mahu pulang. Terasa sangat sakit badan now nih.

Monday, December 21, 2009

17hb Nov 09 - Arwah bapak meninggal dunia

17hb Dis 09 - Genap sebulan arwah bapak meninggal dunia. Busu (adik ipar arwah bapak) pulak meninggal dunia setelah berbulan menderita sakit ketumbuhan dalam otak

20hb Dis 09 - Suami sepupu sy(belah mak) meninggal dunia. Arwah masih muda lagi. Arwah saudara jauh sebelah bapak saya. Mak yang temukan jodoh arwah dgn sepupu saya. Kesian sepupu sy, anak2 nya masih kecil lagi.

3 kehilangan dlm tempoh 33 hari. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan semua. Manusia takkan pernah mendapat tangguh dari kematian. Firman Allah ;

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (KEMATIAN) seseorang apabila datang waktu KEMATIANnya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Munafiqun 63:11)

---------------------------------------------

Manusia sering takut dgn kematian, tapi tak takut apabila melakukan kemungkaran. Pelik dengan sifat manusia yang apabila diajak ke arah kebaikan, sering memberi alasan 'belum sampai seru'. Belum sampai seru bagi kamu, tapi Allah dah lama menyeru kamu hai manusia! Kepada sahabat, diharap tabah dalam melalui liku2 perjuangan kita. Memang tak mudah untuk menang. Teruskan perjuangan kamu menyemai benih2 damai diseluruh pelusuk dunia. Biar satu dunia membenci kamu, asalkan jangan Allah yg membenci kamu!

Friday, December 18, 2009

Aktiviti 1 Muharam 1431H


Seperti tahun lepas, tahun ni, kami tak dapat bercuti pada 1 Muharam. Rasanya, sampai bila2 pun office ni takkan bg kami cuti untuk 1 Muharam. Tak mengapalah, bagus juga memulakan tahun baru hijrah ni dengan bekerja seperti biasa.hehe..

Hari ni, kami yg beragama islam, berpakat tak mahu memakai t-shirt rasmi office yg harus dipakai setiap hari Jumaat. Kami berpakaian 'raya' hari ni! hehe..sebagai tanda protes mungkin..dan juga tanda menyambut tahun baru Maal Hijrah.


Bos kami sudah pulang dari bercuti di Australia mlm td. Heh, dan pagi td, tepat jam 10 sudah terpacak di pintu office. Secara automatik, office yg riuh rendah 1-2 minggu ni, jadi senyap sunyi seperti dilanggar garuda. Amboi, semuanya khusyuk buat kerja nmpknya.


Alhamdulilah, dlm2 stress kena kerja waktu cuti umum dan ditambah lagi dgn kehadiran bos kt office ni, sedikit lega apabila semua hutang kerja dah dilangsaikan semalam. Jadinya, sedikit lega rasanya waktu bos masuk office (hehe..kalau tak siap lagi, akibatnya, petir dan guruh la saya dapat td :p)


Waktu lunch jam 1 td, bos sudah keluar..hehe..dan sebentar tadi kami ambil kesempatan ketiadaan bos untuk mengambil gambar. haha, mcm gmbr raya la pulak.




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA !

Thursday, December 17, 2009

Pagi td after subuh, mr husband keluar bli breakfast while sy bersiap2 untuk ke ofis. Hari ni terlebih rajin, lepas subuh terus bersiap siap. Selalunya bermalas malasan dulu di depan tv :p Kami breakfast nasi lemak n teh o' panas hari ni :)

Saya sampai ofis awal hari ni. Hampir 1 jam awal..hehe..sejak2 bos cuti hampir 2 minggu ni, saya jarang smpai ofis awal. Biasanya, sharp2 jam 9 la smpai. Hari ni terlebih rajin nmpknya.

Hari ni perut terasa kurang enak. Entahla, tak tau bahana nasi lemak pagi td atau apa. Terasa sakit disebelah kiri. Mungkin angin. Entahla..Akibatnya, lunch td, walau terasa lapar, saya tak menjamah nasi pun. Tak de selera nak makan.

dan sekarang, terasa sakit belakang n pinggang pulak. haih..dan mcm org tua pulak. Ntah kenapa sakit ni dtg semula. dah lama tak kena. Selalunya kalau saya stress2, sakit belakang dtg menyerang. Tp rasanya, sy tak stress sekarang..heh, penat kot agaknya..hmm.. rasa sangat tak selesa nk duduk skrg ni.

Sebelum terlupa, selamat menyambut awal muharam esok untuk semua :) cepat je masa berlalu kan? dah masuk tahun baru. Semoga tahun depan akan lebih baik drpd tahun ini..amin..satu lagi, mulai esok, buah hati saya akan berhenti merokok ! :) alhamdulilah..hehe

ok lah, selamat bercuti esok (saya terpaksa bekerja..sob..sob..inilah bahana bekerja dgn cina yg tak satu malaysia!pentingkan cuti CNY dia jer smpai cuti umum pun terkorban sama..tak sensitif sungguh) dan petang ni jgn lupa saksikan perlawan pasukan Malaysia vs Vietnam. Semoga kemenangan berpihak pada kita.

Wednesday, December 9, 2009

Lihat dgn Mata Hati

Saya baru saja menelefon mak. Ahh..kesiannya mak kat rumah sorg2. Mesti terasa sangat sunyi. Alang2 saya yg baru setahun lebih berkahwin dgn suami pun terasa rindu dan sunyi bila suami takde (walaupun baru sehari takde), apatah lagi mak yang dh hidup berdua dengan arwah bapak lebih 48 tahun. Mak mintak saya doakan supaya mak ok dan tabah.Haih..hampir menitik pulak air mata.Ya Allah semoga mak tabah dan diberi kesihatan yang baik..amin

Apa2 pun, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hamba-Nya, perlulah redha.

Cerita pasal ajal dan maut ni, tersentuh saya bila membaca cerita ttg kemalangan di KB Mall. Hai, tak sangka kan, kemalangan pun boleh berlaku dlm mall. Kesian pada mangsa yg meninggal dunia. Muda2 belia lagi. Tak dpt saya bayangkan kesedihan keluarga mereka. Kehilangan org yg tersayang secara tiba2 dlm kemalangan yg tak dijangka. Apa2 pun, tragedi yg berlaku pasti ada pelajaran yg Allah ingin tunjukkan. Tapi, sedikit terkilan, apabila trajedi ni berlaku, ada juga suara2 asing yg ingin mengaitkannya dgn isu politik. Heh, nampaknya, tak ada satu benda pun yg terlepas dr politik kan. Semua perkara dan isu pun nk di politikkan.

Semalam pulak, terbaca ttg suami dn isteri mangsa ragut di Cheras. Kesian, si suami meninggal dunia, manakala si isteri tercedera. Tiba2 menjadi ibu tunggal dlm sekelip mata. Saya tak fahamlah, kenapa dlm banyak2 kerjaya atas muka bumi ni, kerjaya meragut juga yg dipilihnya?Keje meragut dah jadi keje membunuh pulak! Kalau terdesak sangat nak duit, pergi la cari keje yg halal. Bukan susah sgt pun nk dpat duit. Bukan main banyak lagi keje kat negara kita ni. Tak susah la nk hidup kt sini. Kalau tak, takkan sampai beribu2 warga asing dtg kat negara kita ni cari rezeki. Itulah org kita, mls dan memilih sgt! Keje kilang tak mau, keje kotor skit tak mau, nnti segan la sbb keje tak best konon. MasyaAllah.

Kalau nak cerita ttg masalah hari ni, bila2 pun tak selesai. Tgk lah berita kt TV, kat suratkhabar, kat internet, ada ker berita2 yang aman sikit?balik2 masalah keji yang tak selesai2 tu jugak. Tgk kat TV minggu lepas, berita ttg Ahli D*wan Undangan yang buat macam2 perangai kt D*wan Rakyat. Bila tengok pun segan sendirilah. Macam ni ker pemimpin harapan kita? Asyik sibuk buat hal jer, buat kontroversi. Bila nya nak membela nasib rakyat?

Maaflah, dari cerita sedih dh jadi cerita emo pulak. Apa2 pun, semua jalan penyelesaiannya dah ada. Cuma antara sedar atau tak sedar jer. Nnti saya kongsikan k. Tak de mood dh nak tulis lagi :p

Monday, December 7, 2009

bos pergi becuti, tapi...

dengan jayanya bos telah meninggalkan kerja yang bertimbun timbun untuk kami update! haih..baru nk berjimba gembira bos takde 2 minggu..tup2, trima list on going project smpai 8 page! mak aih, confirm dia balik cuti nnti nk di followupnya semua nih..sungguh tak best perasaan ku..haha..yg lain2 pun rasa mcm tu gak..

kena kuatkan semangat ni..buat kerja..buat kerja..buat kerja..:p

Thursday, December 3, 2009

Azam baru

Lebih kurang seminggu lagi kita bakal menyambut tahun baru 1431H. Insyaallah, ada berita gembira bakal saya raikan 1 Muharam nnti :) En Suami berazam nak berhenti merokok bermula tahun baru Hijrah 18 Dis nih..yeay! Harapan saya agar betul2 berhenti merokok ye yang :p

Saya yakin buah hati saya mampu buat. Berbuih dh nasihat suruh berhenti merokok, tapi tak berhenti2 jugak. Alasannya ttp sama, "papa dh bertahun merokok, takde pape pun?" heh..ada sajalah jwpn org lelaki ni kan bila kita suh berhenti merokok.