Thursday, November 24, 2011

Tentang Dhia..eh! tentang saya

berhabuk bersawang dah blog ni..

saya tukar keje lagi! heh..lepas raya haritu start..so far, alhamdulilah. kalau boleh saya mahu stay lama kat sini. top ten developer, but..still cha ya nun aliff punya company. ahh..mungkin jodoh saya lebih dengan company cina kot.layan aja lah.

saya makin membesar sekarang (bukan pregnant yer)..kena jaga makan sikit sekarang, sbb saya tak mau jadi perempuan pendek dan gemuk..hehe..

saya juga makin tenang sekarang. lebih redha dengan ketentuan Allah. mungkin belum tiba masanya Allah nak kurniakan saya zuriat. saya harus lebih bersyukur, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan pada saya. maka saya harus bergembira dengan segala nikmat yang Allah kurniakan selama ni. saya hampir terlupa, Allah kurniakan nikmat pada manusia dengan bermacam cara. maka saya tak harus bersedih dan berputus asa hanya kerana belum dikurniakan nikmat yang satu itu :)

Aftra dah selamat bersalin baby ke-4. Dah sebulan lebih rasanya (haha..lupa plak tarikh aftra bersalin :p) Alhamdulilah, aftra n baby sihat alhamdulilah. kali ni, baby boy! hoyeh..lama dah tunggu nak baby boy tu..hehe

perut dah berbunyi2, mintak diisi..harap2 lepas ni ada masa lagi nak menulis.