Tuesday, October 27, 2009

pening..pening..dan pening!!!

haih...

harus mendapatkan sedikit hiburan nih..kepala sangat sarat dengan hal2 office..

esok birthday yg tersayang..tp takde plan apa2 lg kt kepala nih..sian betul si jantung hati saya

Saturday, October 24, 2009

di persimpangan dilemma..

eh..bukan saya yg di persimpangan..tapi officemate saya :p

dia menunggu 4 tahun baru dikurniakan anak. itupun bukan melalui prosedur biasa. 2 kandungannya sebelum itu, gugur. anaknya bayi pramatang, dilahirkan tak cukup bulan. Di usia kandungan 7 bulan dia terpaksa di bedah untuk melahirkan anaknya. pada masa itu, berat anaknya tak sampai pun 1 kg, hanya dalam 900gram!

kini, selepas 5 bulan melahirkan, dia disahkan mengandung lagi. jika selama ini susah untuk mengandung, kali ni Allah permudahkan dirinya untuk mengandung. tapi, berita yang seharusnya gembira, ada kisah duka dibelakangnya. hmm..umum mengetahui, sesiapa yg melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan, minimum 2 tahun harus dilalui sebelum melahirkan bayi lagi. jadi, kandungannya kali ini tidak harus diteruskan. dr juga menasihatkan dia supaya menggugurkan kandungan. selain kesan pembedahan, dia juga bermasalah darah tinggi, dan sejarah kandungannya sebelum2 ini juga tidak berapa elok.

hmm..sepatutnya mmg dia kena gugurkan kandungannya. tapi, kerana naluri ibu yg terlalu kuat, dan juga keinginan untuk mendapat anak lagi, dia membuat keputusan untuk meneruskan kandungannya. selain itu, familynya juga tidak menyokongnya menggugurkan kandungan.

pelbagai reaksi diterima atas keputusannya. rata2, para ibu di ofis ni tak menyokong tindakannya. ianya melibatkan 3 nyawa. nyawa dia, nyawa anak dalam kandungan dan juga nyawa anak nya sekarang yang berusia 5 bulan (anak perempuannya sekarang berusia 5 bulan, tetapi perkembangan tumbesarannya terlalu perlahan, sudah pasti perlukan perhatian yg lebih)

hari ini, dia menyatakan keputusannya tetap untuk meneruskan kandungannya. saya sendri tak tau mcm mana kalau saya ditempatnya. kalau sekarang, saya mmg tak sokong tindakannya, tapi saya sendiri tak pasti kalau hal sebegini nnti menimpa saya, keputusan mana yg akan saya ambil. jika anda bagaimana??

Monday, October 19, 2009

quick update

- Sangat bz last week. Tak sempat nk update n berjimba-jimba di ofis..fuhh..letih..new landscape upgrading works @KLGCC really need full attention

- Weekend hari sabtu, plan nak beraya open house rmh k su, tp terpaksa cancel last minute. Abang2 ku serbu beraya ke rumah..haih..hampa lagi harapan nk jumpa k su n si comel syafiah :-(

- Hari Ahad, pergi beraya rumah abang2 n sepupu pulak..hehe..akhirnya..dpt jmpe menu kfc kt rumah sepupu :-)

-Mtg dengan bos pagi td..dpt task baru..every day evening kena pergi site and monitor work progress kat site..aduhai..tiap ptg berjemur kt site, makin 'cerah' la nmpknya mukaku yg sudah tersedia 'cerah' ni..

Tuesday, October 6, 2009

PHD

saya cukup pantang dengan org yg ada PHD (perangai hasad dengki) nih..kenapalah org jenis ni pun wujud jugak. Menyusahkan saja! Lagi hebat, kalau orang itu sebangsa dan seagama dengan kita. Hai, kalau bangsa kita sendri pun mau saling mendengki, bersorak gembiralah si mata sepet tgk kita. Tak dinafikan, kat mana2 ceruk pun hal ini berlaku. Tapi yang tak bestnya, bangsa kita sendri masih tak sedar diri. Patutlah org kita masih ditakuk kesempitan, tak maju2 ke depan.

...Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia....Di Eropah orang bentang idea....Topik-topik intelektual di diskusi....(malique ft salam : Cerita Kedai Kopi)

orang kita?? sibuk jaga tepi kain org dan saling mendengki..huh?

Friday, October 2, 2009

Finally...yeay!

Our project finally hand over to client :) yeay! ingat dulu2 time masuk tender, tersilap tgk tarikh daa...nasib baik sempat submit..then berjaya dpt project n now dah hand over. Alhamdulilah.








Eh! model tersesat..hehe

Thursday, October 1, 2009

Ayat Seribu Dinar

Biasakah anda semua membaca ayat seribu dinar? saya titipkan di sini terjemahan ayat seribu dinar.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thaalaq 2-3)

Saya kongsikan ayat ini untuk semua. Hari ini, Allah tunjukkan lagi kebesaran-Nya pada saya. Alhamdulilah, hari ini saya perolehi rezeki dr arah yg tiada disangka-sangka. Peringatan untuk diri sendri, semoga saya sentiasa bertaqwa dan bertawakkal pada Allah.