Wednesday, September 30, 2009

monolog

tiap kali aku terdengar berita seperti itu..



tiap kali jugalah hati aku tersentuh..



tidak mampu untuk mendengarnya..



dan jika bisa..jasadnya juga tak mau aku ketemu..



apatah lagi mendengar ceritanya..



berita gembira buatnya, tapi bagai racun berbisa untukku..



mungkin aku cemburu dlm duniaku sendiri..

Monday, September 28, 2009

Raya..raya

Saya masuk kerja hari Sabtu lepas. Heh..tak buat apa pun, mood kerja tak datang lg :p..gi kerja pun hanya sebagai syarat dh masuk kerja.

Mcm mana raya tahun ni? hmm..saya kempunan banyak mknn tahun ni. Tahun ni tahun kedua beraya ngan en suami, n tahun ni, giliran beraya di belah dia. Alhamdulilah, meriah juga beraya di belah dia, tapi meriahnya tak semeriah saya beraya di kampung. Saya kempunan ketupat, lodeh, ayam masak merah, sambal goreng dan rendang mak saya :( beraya di belah en suami ni, takde ketupat yg mcm di kampung,takde lodeh dan takde sambal goreng. Ketupat palas pun takde..huhu..raya kedua kami balik johor, semua mknn pun dah habis..alahai..

Tapi, di mana2 pun..sama saja. Yang penting, kita rayakan aidilfitri dengan keluarga yg tersayang :-)

hmm..semua org menepek gmbr raya yer..haha..saya pulak takde gmbar nak ditepek..mmg saya n en suami jarang ambil gambar..hehe..lgpun, di belah pihak saya di kampung, saya n en suami jer yg tak beraya di kampung pada 1 syawal, jadinya, takde la gambar kami..

Mungkin next raya, kena adjust balik sistem giliran kami. Tak syok pulak, tahun ni semua adik beradik saya raya di kampung, saya sorang je di rumah mertua. Ketinggalan lah kami. Pergi beraya rumah saudara pun, berdua jer, sbb semua org dh khatam beraya. Next year tukarlah!

Selamat Hari Raya semua :) kalau buat rumah terbuka, jgn lupa jemput :p

Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya

Selamat hari raya Aidilfitri tuk semua :-) maaf zahir batin..

semoga semuanya bergembira dihari raya. jangan lupa, berhati2 sepanjang perjalanan pulang.

beraya di mana tahun ini? saya beraya di Selayang dulu, then baru pulang ke Batu Pahat.

Thursday, September 17, 2009

Malique - Cerita Kedai Kopi

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

Friday, September 11, 2009

Happy!

Happy - Amy Mastura

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!………………….
Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!………………….
Happy!!
Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya
p/s : yulie, after chat ngan ko, lirik lagu ni terngiang-ngiang kat telinga aku..haha..yg penting..HAPPY!!..tq fren, mmuuaahh!

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Istimewakah tarikh hari ni? hmm..entahlah..mungkin ye mungkin tidak :-)


Mungkin istimewa apabila menerima 9 kuntum bunga, 9 bear dan 9 biji coklat yang dihias indah dalam satu jambangan seperti ivy, ataupun kurang istimewa seperti siti yang diherdik bos pagi tadi. Istimewa atau tidak, kita sendiri yang mencoraknya.



heh..tak terfikir pulak ada suami yang nak bagi hadiah jambangan bunga indah pada isteri semata-mata kerana tarikh 09.09.09..mungkin salah satu cara si suami mengekspresikan rasa sayang dan romantisnya pada isteri..oh..ramai jeles pada si cantik ivy harini..:p


Monday, September 7, 2009

kerja...kerja

Hari ni saya bekerja, walaupun hakikatnya Selangor cuti :-(
hmm..kalau company lain kat selangor ni yang bekerja juga pada harini, tidak lain hanyalah untuk menggantikan cuti raya nnti..seperti aftra. Kena kerja harini, tapi untuk ganti cuti raya nnti. tapi saya, bekerja harini untuk ganti (kononnya) cuti raya cina yang lepas! tak best betul. Bagi la pilihan skit, staff cina untuk cuti raya cina, staff melayu untuk cuti raya aidilfitri. Ni, semua cuti balun untuk raya cina. Merungut pun tak guna kan, dh siapa suruh keje kat company ni? tanggung sendri la..

Wednesday, September 2, 2009

hidupku sangat suram hari ini tanpa....BARN BUDDY! entah kenapa la tak dapat bukak ladangku hari ni..menyampah ok..saat2 boring buat keje kt ofis ni, tak dapat la menebas dan menyiram pokok. entah kenapa agaknya..hmmm
apa aktiviti anda cuti 3 hari yang lepas? hehe..saya? hanya menghabiskan masa di rumah. fuh..2 hari setengah tak keluar langsung. Berehat jer kt rumah n masak untuk buka n sahur..keluar shopping pun takde jugak. Dengar mcm boring jer kan? tapi best sebenarnya..haha..duk depan TV 24 jam.
Tapi, dalam keadaan saya berehat-rehat di rumah tu, rupanya seorang sahabat sekolah saya, Aeda tengah diuji kesabarannya. Anak kecilnya masuk ICU hari sabtu yang lepas, dan pagi semalam, si kecil Nujaid telah meninggal dunia. Terkelu saya waktu menelefonnya semalam pagi. Hasrat saya, untuk bertanyakan khabar anaknya, tapi berita sedih yang saya terima. Waktu saya menelefonnya, si kecil nujaid baru saja meninggal. Saya tau, aeda cuba menahan sebak, dan saya tak sanggup untuk memanjangkan perbualan. Besar dugaan buat dia dan keluarganya...tak dapat bayangkan jikalau saya ditempat dia.
Al-Fatihah..
Sedikit cerita ttg Nujaid di blog wawa