Showing posts with label bahalul punya makhluk. Show all posts
Showing posts with label bahalul punya makhluk. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Head Department or Head Demon??!

Saya sangat geram dengan head dept saya skrg ni! Dia suka membebankan staff bawah dia. Pada saya head dept yg baik, sepatutnya ambil tahu semua kerja staff di bawahnya. Manage kerja dengan baik agar memudahkan department kami punya kerja! Tapi apa yang dia buat, dia suka melambakkan kerja dia kat kami, especially saya. Dia mahu semua org tahu workload dia, tapi dia tak mau ambil tahu pun workload kami. Dia tak ambil tahu pun project apa bos bagi pada kami. Even tak menolong pun. Tapi bila part keja dia, mulalah dia canang satu department, minta tolong itu ini, macam project dia jer yang tengah run..haishh..geram betul la kat dia ni. Saya tahu, dia head department, dia ada kuasa. Tapi janganlah salah gunakan kuasa! dan lebih malang lagi, jangan la tak membela staff di bawahnya. Dia tak pernah nak pertahankan kami bila berlaku kesilapan, walhal untuk kesilapan tu, dia juga terlibat sama. Kami juga lah yang busuk nama, walaupun hakikatnyanya, decision tu sebahagiannya datang dari dia. Saya tak pernah jumpa ketua yg mcm ni lah. Suka larikan diri dari masalah, selalu susahkan anak buah dan suka buat2 sibuk mcm takde org lain yang lagi sibuk dari dia!
Pagi ni, saya hampir-hampir tak datang kerja. Sampai ofis pun lewat 15 minit. Saya tak larat pagi ni, macam biasa migraine datang lagi subuh tadi. Dah agak dah akan kena sbb tengah bulan mengambang sekarang ni. Tapi saya gigihkan jugak datang keje pagi ni..dan baru sekejapan td, mr head demon saya info dia half day hari ni dan cuti esok. Mahu pulang kekampung ptg ni. damn!! tak bgtau kami awal2 pun dia nak cuti. Kalau dia cuti, faham2 jelah, keje2 dia pasti di lambakkan pada saya..haishh..kalau saya tahu, saya mc terus je pagi ni..menyosal den..adehh..kepalaku makin berdenyut2 nih..

Friday, July 3, 2009

Si durjana *updated*

Semalam, kereta officemate saya dicuri. Pagi2, time mahu pergi kerja, si dia turun menapak tangga ke bawah dengan menggendong seorang anak dan memimpin seorang lagi anak. Bila sampai di parking lot, yang ada hanyalah parking lot yang kosong!! Aduiilaa..saya tak tau macam mana perasaan saya bila ditempat dia. Alang-alang dulu time kereta saya kena langgar teruk pun dah sedih, apatah lagi bila kereta hilang. Entah si durjana mana yg mencuri kereta si dia. Dari kesan2 yg ada, si durjana mencuri dengan menggunakan tow truck. Sangat keji ok..
Pesanan untuk semua, berhati-hatilah. Si durjana ada di mana-mana. Harus sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Harapannya, semoga si durjana akan terima balasan kelak.
*kereta yg si durjana curi telah ditemui semula..5 hari hilang. Si durjana tinggalkannya di kawasan perumahan. Sport rim dan tayar dan juga stroller baby telah dicuri. Oh ya, potpouri si empunya kereta pun dicuri juga! aduhai..apa2 pun, alhamdulilah..Walau ada sedikit kerosakan, yg penting kereta di jumpai semula :-)

Thursday, May 14, 2009

Cinta owh cinta

saya sakit hati, sakit telinga, sakit mata..

saya tak boleh nak terima apa yang dia buat,
saya meluat dengar apa yang dia bualkan,
saya sakit mata tgk dia bermesra dan bermanja apabila terima call,
saya sangat sakit hati..kenapa dia macam tu??!!

mungkin saya terlalu menyibuk dalam hidup dia,
suka hati mak nenek dia la kan nak buat apa pun..

tapi realitinya,

saya tetap tak boleh terima..

kenapa dia buat perangai macam tu,

dan saya tetap takkan boleh terima,
apabila seorang isteri bermain cinta dengan suami orang lain..

"sigh"

rasa nak sekeh kepala dua-dua orang tu..!!

#semoga apa yang terjadi depan mata saya ni tak terjadi pada saya dan en suami. Kalau cinta, cinta lah sampai mati..dan saya pasti kalau cinta di dasari atas rasa cinta kerana Allah, semuanya pasti sejahtera dan sempurna :-)

Thursday, April 16, 2009

Hilang sabar

Saya sangat marah..dan bila saya sangat marah..mesti saya menangis..

Saya seperti nak cekik2 makhluk yang sorang tu..

Pesanan saya, jangan cabar saya, bersiap sedialah hai makhluk!!

Saya dah tak boleh bersabar lagi ni..