Friday, July 17, 2009

Head Department or Head Demon??!

Saya sangat geram dengan head dept saya skrg ni! Dia suka membebankan staff bawah dia. Pada saya head dept yg baik, sepatutnya ambil tahu semua kerja staff di bawahnya. Manage kerja dengan baik agar memudahkan department kami punya kerja! Tapi apa yang dia buat, dia suka melambakkan kerja dia kat kami, especially saya. Dia mahu semua org tahu workload dia, tapi dia tak mau ambil tahu pun workload kami. Dia tak ambil tahu pun project apa bos bagi pada kami. Even tak menolong pun. Tapi bila part keja dia, mulalah dia canang satu department, minta tolong itu ini, macam project dia jer yang tengah run..haishh..geram betul la kat dia ni. Saya tahu, dia head department, dia ada kuasa. Tapi janganlah salah gunakan kuasa! dan lebih malang lagi, jangan la tak membela staff di bawahnya. Dia tak pernah nak pertahankan kami bila berlaku kesilapan, walhal untuk kesilapan tu, dia juga terlibat sama. Kami juga lah yang busuk nama, walaupun hakikatnyanya, decision tu sebahagiannya datang dari dia. Saya tak pernah jumpa ketua yg mcm ni lah. Suka larikan diri dari masalah, selalu susahkan anak buah dan suka buat2 sibuk mcm takde org lain yang lagi sibuk dari dia!
Pagi ni, saya hampir-hampir tak datang kerja. Sampai ofis pun lewat 15 minit. Saya tak larat pagi ni, macam biasa migraine datang lagi subuh tadi. Dah agak dah akan kena sbb tengah bulan mengambang sekarang ni. Tapi saya gigihkan jugak datang keje pagi ni..dan baru sekejapan td, mr head demon saya info dia half day hari ni dan cuti esok. Mahu pulang kekampung ptg ni. damn!! tak bgtau kami awal2 pun dia nak cuti. Kalau dia cuti, faham2 jelah, keje2 dia pasti di lambakkan pada saya..haishh..kalau saya tahu, saya mc terus je pagi ni..menyosal den..adehh..kepalaku makin berdenyut2 nih..

5 comments:

yulies said...

laki ke pompuan? meh aku *selingging* (bahasa kg aku.. haha)

azura said...

lelaki, cha ya nun aliff..geram aku..silalah selingging dia dia ek..haha (apa maksud selingging tu)

Naemah said...

bos aku pun sama.. mcm chilake

azura said...

mari kita kerjakan bos2 kita..

Naemah said...

selalu dah, klo dia suh buat benda, aku tarik muka masam. ada sekali tu meeting psl auditor nk dtg, aku selamba tempe sound dia ckp tak cukup pekerja smpai muka dia berubah. hahahah