Saturday, November 28, 2009

Kenangan Aidilfitri 2009

Kalau dapat diputar balik masa, mesti saya dan en suami akan beraya di kampung pada 1 syawal. Tapi, semua pun sudah berlalu..pasti ada hikmah disebaliknya...





keluarga besar kami. semua ada pada 1 syawal, kecuali saya dan en suami. Mengikut giliran, 1 syawal tahun ni kami sambut di Selayang..Inilah tahun pertama saya beraya jauh dr keluarga, dan tak sangka, tahun terakhir beraya dengan arwah bapak





Arwah bapak dan emak bersama cucu-cucunya. Mak bgtau, arwah bapak taknak amik gambar berdua dgn mak tahun ni..mesti panggil cucu2 amik gmbar sekali



adik saya yang paling bongsu bersama anak2 saudara





Wednesday, November 25, 2009

Demi Matahari

Kesan dr ESQ course yg sy dan en suami pergi 13-15 nov yang lepas..tiap2 hari kami dengar lagu nasyid ni..lagu yg diilhamkan daripada ayat suci Al-Quran. Betapa 7 sumpah Allah ini telah berjalan selama ini. Betapa degilnya terasa diri..sedang ciptaan2 Allah - matahari, bulan, siang, malam, langit dan bumi sentiasa taat pada Allah, tidak sekali2 melanggar sumpah yg ditetapkan.. tetapi diri ini..manusia yg sgt kerdil di sisi Allah sentiasa melanggar perintah-Nya dan sentiasa keluar dari garisan ketetapan-Nya..

Demi Jiwa dan Penyempurnaannya...semoga diri sentiasa berwaspada dan bertakwa..amin..


Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah
Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah

By : Snada ( Surah As-Syams (91) : 1-10 )

p/s : byk lagi kesan positif dr ESQ..ini jer yg mampu dikongsi buat masa ni..ada kesempatan, saya critakan lagi :) Next month bakal pergi lagi course ni.. menghabiskan sesi hari ketiga yg tak dapat kami habiskan..

Monday, November 23, 2009

Setelah 6 hari pemergian Arwah Bapak

Alhamdulilah, Sabtu mlm yg lalu, telah selesai majlis tahlil untuk arwah bapak. Kami sekeluarga buat majlis tahlil 5 hari berturut turut untuk arwah bapak. Hanya al-fatihah dan doa yg mampu kami berikan untuk arwah bapak. Semoga roh bapak tenang di sana.

Alhamdulilah, mlm tu, ramai tetamu yg hadir. Tetamu lelaki saja penuh memenuhi ruang depan sampai ke beranda rumah. Tetamu wanita pun ramai. Terima kasih buat jiran2 dan saudara mara yg membantu kami selama 5 hari ni. Saya sendiri amat berterima kasih pada abg2,kakak2 ipar dan adik saya yg bertungkus lumus untuk majlis tahlil selama 5 hari ini. Sedikit ralat apabila saya terpaksa balik kl pada hari rabu dn hanya dapat pulang semula ke kampung pada hari sabtu.

Terlalu mengejut pemergian bapak. Tanpa tanda, tiba2 kami kehilangan bapak yg kami cintai dan sayangi. Walaupun begitu, kami bersyukur, bapak tidak menderita lama. Kami juga bersyukur, kami berada di samping arwah ketika beliau menghembus nafas yg terakhir.

Mendengar cerita2 mak tentang arwah bapak sebelum bapak meninggal amat menyentuh hati kami. Bagaimana bapak selalu ingin berdamping dengan mak, mengajak mak sentiasa duduk dekat disampingnya dan memeluk mak setiap mlm – mak tidur berbantalkan lengan bapak 2-3 minggu ni. Seperti tahu ajalnya sudah mahu tiba, bapak menunjukkan semua kedai2 yg biasanya bapak pergi untuk mmbeli barang keperluan membaiki mesin rumputnya, kedainya membeli peralatan rumah dan kdai2 lain.

Kalau kami terasa dengan kehilangan bapak, apatah lagi mak. Tapi apa2pun kami harus tabah. Hanya kami 7 beradik yg akan terus menjaga emak. Sebaknya semalam sewaktu kami ingin pulang ke KL. Kalau ikutkan hati, mmg tidak mahu meninggalkan mak di kampung. Ingin saja bawa mak tinggal bersama kami. Tak sanggup rasanya biarkan mak duduk sorang di rumah. Betapa sunyinya nnti mak waktu siang dan mlm sendirian di rumah.

Walaubagaimanapun, kami bersyukur, kerana masih ada adik bongsu yg belajar tak jauh dari rumah. Boleh menemani mak buat sementara waktu. Cucu-cucu mak juga insyaallah akan menemani mak selepas raya haji nnti (sementara cuti sekolah)

Di samping berita sedih pemergian bapak, ada berita gembira kami terima pada hari khamis lalu. Alhamdulilah, nurul farhanah, cucu sulung keluarga kami berjaya mendapat 5A dlm peperiksaan UPSR. Saya gembira dn terharu sewaktu menerima berita itu. Alangkah indahnya jika arwah bapak masih ada untuk meraikan kejayaan nurul. Tanpa sedar mengalir air mata..

Hidup perlu diteruskan. Semoga kami semua tabah menghadapi ujian dan ketentuan Allah.

Pesanan buat semua- Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Ucapkanlah sayang pada mereka sementara mereka masih mampu mendengar apa yg kita ucapkan dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

P/s : Teringat kata2 mak " 29hb ni anniversary mak ngan bapak. Ingatkan nak buat surprise kat bapak, rupanya bapak yang bagi surprise untuk kita.." We love u bapak

Thursday, November 19, 2009

tubuhku ada di sini,
tetapi tidak jiwaku,
kosong yang hanya kurasakan...

Al-fatihah buat arwah ayahanda tercinta yg pulang ke rahmatullah pada hari selasa, 17 nov 2009..semoga arwah bapak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

Thursday, November 12, 2009

esok cuti :)


saya bercuti esok sbb pergi ESQ course with hubby ;) heh..tq to my FIL sbb sponsor sy dan en suami..lain kali sponsor lain pulak yer :p nnti saya update semua yer, apa sy dapat dr 3 hr course nih.
2 minggu ni, saya busy dengan kerja + malas nak mengupdate blog. last friday, saya ber'kampung' di site. Kena verify keje sub-con buat. dan yang paling memenatkan..kena verify jumlah pokok di tanam by sub-con..hahahaha..naik juling tgk pokok bunga yang banyak dh bersepah2 tu..nasib baik dapat sorang pembantu setia untuk saya. jd nya, kerja jd lebih mudah dn senang! haih..terperasan mcm jd pekebun bunga plak saya :p cuaca hari tu pun nasib baik mendung (tak berarti hujan) dan tak panas terik sangat. awal2, saya gigih meminta pembantu saya mengira satu2 pokok, tapi last2 kesian kat dia, kami guna cara yg lebih mudah dan pantas. alhamdulilah, akhirnya berjaya juga mensettlekan semua sebelum lewat petang.


Pembantu saya yg setia sedang gigih mengira pokok :p

Cantikkan pokok bunga nih :p apa namanya saya lupa la pulak..susah nk menyebutnya..pokok yg kecik2 tu..jenuh nk mengiranya..sbb byak sgt


Oh ya, skarang ni, saya baru jer mencuba mengambil Usana essentials. En suami hadiahkan pada saya sempena hari jadinya (haha..tunggu saya tak bg2 dia hadiah, dia pulak bg hadiah kt saya...nnti ek yang, nnti i blikan hadiah hari jd u..) Tapi, buat masa sekarang ni, tak dpt kongsikan lg hasil drpd makan usana essential ni..nnti sy kongsikan ye..

Monday, November 2, 2009

Sempurna



Kau begitu sempurna

Di mataku kau begitu indah

Kau membuat diriku akan selalu memujamu


Di setiap langkahku ku kan

selalu memikirkan dirimu

Tak bisa ku bayangkan

Hidupku tanpa cintamu


Bridge:

Janganlah kau tinggalkan diriku

tak kan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Coda:

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna ..

sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh kau bisikkan dan hapus semua sesalku


Bridge:

Janganlah kau tinggalkan diriku

tak kan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Reff:Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna ..

sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh

kau bisikkan dan hapus semua sesalku


Bridge:

Janganlah kau tinggalkan diriku

tak kan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Coda:

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna ..

sempurna


by : Andra & the backbone