Friday, May 29, 2009

Tentang Wanita

Saya dapat dari facebook..

Tentang Wanita(Kajian Tajul Muluk)!
Keputusannya adalah seperti berikut :You were born on 13 Ogos 1980, Rabu.

Suka berdendam. (kadang-kadangla)
Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. (sudah tentu..tapi tengok tahap kejahatan org tu la :-p)
Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. (hehe..malu i)
Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. (yup)
Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. (iye ke ni?..hmmm...tidak pandai simpan rahsia dengan en suami jer..haha)
Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. (...tengok hal la..)
Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. (rasanya paling senang nak pujuk..saya mudah cair hati ok..)
Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. (ish..ish)
Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. (sangat setuju..!!)
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. ( pandang pertama??bukan kedua,ketiga n bla..bla..ker??)
Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik. (huish..saya tak romantik ok..)

Grrr..!!

Saya geram sungguh..account dept tak nak keluarkan gaji saya lagi..
nak tunggu jugak sampai 30hb..dah tentulah 30hb hari sabtu..
esok pun bukan turn saya bekerja..dan kalau bagi esok pun, bukan ada gunanya..
sama jer macam hari isnin depan dia bagi..

haiisshh..saya mmg geram lah
diorang ni malas sangat nak mintak dengan bos sign gaji awal untuk kami yang bekerja less than 1 year ni..
tau lah gaji diorg dah masuk awal-awal dan tak perlu susah2 pergi bank nak bank in cheque..
timbang rasa lah sikit ngan kami ni ..

entahla..kerja kt company ni..kadang2 buat saya naik angin sangat..
banyak sangat diskriminasi!

dari elok2 mood saya pagi tadi, dah tukar tak elok dah ni..tak ikhlas betul keje hari ni..

dan esok, jangan harap saya nak gantikan officemate yang sorang tu..dia minta saya gantikan dia kerja esok, sbb dia nak pindah rumah..tapi dah jadi mcm ni, tak dapat la den nak tolong..hari ni pun takde mood nak kerja..apatah lagi esok..bak kata amir.." i'm sorry...!" lu settlekan lah sendri..

Dulu - kini

Dulu

PETALING JAYA: Dua maut dan dua parah, manakala lima lagi masih tertimbus dalam runtuhan bangunan empat tingkat yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini, petang semalam. Sebahagian besar struktur bangunan berusia lebih 30 tahun itu, yang hendak dirobohkan, dikatakan runtuh kira-kira jam 5 petang, dipercayai disebabkan keadaan tanah di sekitar kawasan berkenaan yang tidak kukuh. Ketika kejadian, antara 20 hingga 30 buruh warga Indonesia menjalankan kerja merobohkan bangunan berkenaan untuk pembinaan semula.


berita penuh di sini..terkejut saya baca berita ni..ni lah salah satu tempat saya pergi kalau kuar outing zaman2 saya belajar di matriks pj dulu..tak sangka plak jadi mcm ni..saya pun mmg dah lama tak jejakkan kaki kat Seksyen 14 ni..kesian betul dekat semua yang tak sempat selamatkan diri..

Kini
...................................................................................

hari ini saya dah tak busy sangat..yeeayy! tender-tender sudah selamat disubmit semalam. bersilat kami bertiga 2-3 hari ni..alhamdulilah, smlm bos bgtau tender yang kami submit on 27th tu, ada harapan besar kami bleh dapat..hahaha..tender yang kami silap ingat tarikh submission tu..refer entry sebelum ni..sejuk hati dengar..harap-harap berjayalah!!...sekurang-kurangnya, company masih ada lagi project untuk run at least until september nih..phew..risau beb, dalam ekonomi macam ni, project banyak tak masuk, bila tak masuk, kami kurang kerja, bila kurang kerja.... macam-macam kemungkinan bleh ada..


Wednesday, May 27, 2009

Ish..ish..

Saya masih di office pada masa ini..

hai apalah nasib..kami bertiga memang menganiaya diri sendiri..

tersilap tengok tarikh submit tender..ingatkan 28hb..sekali rupanya 27hb..

dan yang lebih malang lagi..jam 7.00pm td baru tersedar silap tarikh..

hai..apalah nasib

takut ni tau..takut..takut under quote or over quote..alahai..

p/s : inilah bahana banyak sangat tender nak submit..

Monday, May 25, 2009

Setahun yang lalu

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

by Dewa

setelah setahun..perjalanan masih diteruskan.. dengan senyuman
...menyerahlah untuk menang..:-)

suka tapi tak suka

saya suka menonton rancangan jangan lupa l*r*k..

tapi saya tak suka apabila sang pengacara terlalu meleret2..
nak confirmkan jawapan pun tersangat la mengambil masa yang lama..
tak tahula sebab producer suh buat mcm tu ataupun apa..

tapi..dari suka, saya jadi makin tak suka..
apa daa..tak banyak yang dpat settle dalam 1 jam rancangan..

lagi baik tengok are you smarter than a 5th grader mcm ni..(ada kene mengena ke ni?..haha)..tak la terlalu meleret2

Thursday, May 14, 2009

Cinta owh cinta

saya sakit hati, sakit telinga, sakit mata..

saya tak boleh nak terima apa yang dia buat,
saya meluat dengar apa yang dia bualkan,
saya sakit mata tgk dia bermesra dan bermanja apabila terima call,
saya sangat sakit hati..kenapa dia macam tu??!!

mungkin saya terlalu menyibuk dalam hidup dia,
suka hati mak nenek dia la kan nak buat apa pun..

tapi realitinya,

saya tetap tak boleh terima..

kenapa dia buat perangai macam tu,

dan saya tetap takkan boleh terima,
apabila seorang isteri bermain cinta dengan suami orang lain..

"sigh"

rasa nak sekeh kepala dua-dua orang tu..!!

#semoga apa yang terjadi depan mata saya ni tak terjadi pada saya dan en suami. Kalau cinta, cinta lah sampai mati..dan saya pasti kalau cinta di dasari atas rasa cinta kerana Allah, semuanya pasti sejahtera dan sempurna :-)

Friday, May 8, 2009

Sampai Bila??!!

Seluruh Negara tengah kecoh pasal kes ragut. Tak tahulah bila masalah ini akan selesai. MHI pagi tadi pun membincangkal hal ni. Ramai caller yang beri macam-macam suggestion dan berkongsi kisah mereka. Ada yang suruh tambah/kuatkan hukuman la. Ada yang salahkan mat rempit la.Macam-macam ada.Masalah ini saya rasa takkan selesai. Makin bertambah buruk, bukan makin elok.Selagi hukum yang terlaksana masih dikuasai oleh hukum jahiliyah, jangan harap la masalah-masalah ini nak selesai. Jalankan hukuman seberat manapun, pasti tidak akan kurang. Bukan saya bersifat negatif dalam hal ini, tapi Allah sudah tegaskan dalam Al-Quran.

Al-Maidah, ayat 50- Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (QS. 5:50)


Bezakan dengan keadaan sekarang? Hukum manusia lagi berleluasa. Maka tak hairanlah masing-masing mengikut hawa nafsu sendiri. Orang sekarang lagi takut dengan hukum manusia daripada hukum Allah. Maka, secara logiknya, tak mustahil lah keadaan sekarang makin teruk. Undang-undang civil pun masih di atas dari undang-undang syariah. So, apa yang kita expect??!
Dan dalam kekecohan masalah ragut ini, saya rasa masalah yang disebelah ini, lagi la kecoh. Sewaktu tengok Buletin Utama malam semalam, saya terfikir, kalau macam inilah ragamnya pemimpin-pemimpin yang bakal memimpin dan membela nasib kita, terbelakah kita????!!


Monday, May 4, 2009

Kelahiran Baru Lagi..

Fuh..lamanya tak update blog ni. Saya lebih suka baca blog org dari update blog sendri :-p
Hari ni memandangkan masih berada dalam mood cuti, saya sangat malas untuk buat kerja ofis..haha..tambahan lagi, big boss tak masuk lagi. So, sangat sesuai la untuk menulis time ni..
Entry ni khas untuk sahabat terbaik saya dan en suami..malam semalam, sahabat kami selamat melahirkan/mendapat anak yang pertama. yeay!! alhamdulilah, akhirnya su selamat melahirkan baby girl..:-):-) kami pun tumpang gumbira..owh..sangat gumbira sebenarnya..tak sangka mereka dah jadi mama n papa..kami tak berkesempatan lagi melawat baby baru ni..harap2 ptg ni ada kesempatan. Tak sabar nak tengok mereka..cerita pasal su nak bersalin ni, saya pulak yg terasa cuak nya lebih2 tau..siap boleh mimpi bersalin plak..haha..walhal bakal mama time tu pun tak secuak saya. Anyway, tahniah untuk mama n papa baru ni..Sunaini n Zulhaimi aka botak ;-)
p/s : Happy 4th anniversary untuk sahabat saya cik puan yulie..wah..sudah 4 tahun yer..semoga terus bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang ramai :-p