Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Saya dah penat

saya dah penat berada dengan mereka,

saya dah penat melayan karenah mereka,

saya dah penat berkhidmat untuk mereka.

dulu..mungkin saya masih boleh senyum jika meeting yang saya hadir mereka bantai discuss dalam bahasa mereka.

dulu..mungkin juga saya masih boleh bersabar jika terdengar gosip2 tentang perbezaan gaji bangsa mereka dan bangsa saya.

dan dulu..saya masih tetap boleh bersabar jika mereka tak mahu menunjuk ajar saya.

tapi sekarang, saya sudah hilang sabar. saya sudah penat sebenarnya. berkhidmat untuk kemajuan bangsa yang bakal menjatuhkan bangsa saya sendri. penat untuk membantu bangsa yang langsung tak mahu membantu bangsa saya.

yer..mereka kata mereka tidak mengira warna. tapi sebenarnya sangat mengira. cukuplah 6 tahun berkhidmat dengan mereka. saya sudah penat. saya tidak mahu stress2 lagi dengan mereka.

Tuesday, June 15, 2010

apa lagi mahumu?

Saya sempat menonton Majalah 3 hari sabtu yang lepas. Macam2 perasaan ada waktu menonton. Takut juga melihat pengalaman warga Malaysia yang terlibat dalam kejadian tu. Bila direnung jauh2..Apalah sangat ketakutan yang dihadapi oleh mereka jika nak dibandingkan dengan ketakutan umat islam di Gaza sekarang ni. Setiap hari, bermacam macam hal jadi. Di sini, kita sangat bersyukur kerana kesemua sukarelawan Malaysia terselamat. Tapi realitinya, bagaimana dengan saudara2 seislam kita di Gaza dan negara2 islam yang lain? Sedih melihat nasib mereka. Mesti tiap hari berada dalam ketakutan kan? Nak dibandingkan dengan saya yang masih mampu nak bekerja, ber facebook setiap hari, berblog, bershopping, dapat jumpa dan berkasih sayang dengan keluarga dan sahabat handai, dapat bergosip ttg hal2 artis, ttg perihal world cup, dpt keluar jalan2 dengan aman tanpa takut, masih lagi sempat untuk merajuk dengan en suami, masih lagi sempat nak manja2 kan si nunu, masih lagi sempat nak tukar template blog, apa lagi yang saya harapkan dari hidup saya?

haih..sedarlah wahai diri, seharusnya kesyukuran dipanjatkan setiap hari. Masih lagi dapat bangun pagi menghirup udara segar tanpa ketakutan dan keraguan. masih lagi dapat menatap wajah2 orang yang tersayang, dan masih lagi dapat beribadah dengan aman. Semoga saya sentiasa menjadi manusia sentiasa bersyukur...amin..

Monday, April 19, 2010

Macam-macam ada

Saya sangat bosan berada di office sekarang..
semua serba tak kena..mungkin sudah muak dgn sikap orang2 di sini..macam2 hal dan karenah..tikam sesama sendri, saling mengata dibelakang, politik sesama sendri dan mcam2 lagi..tambah lagi dengan timbunan kerja yang banyak dan juga head demon yang suka bagi kerja dia pada saya! ah..selalu buat saya menyampah dengan dia. ye, mmg tak salah saya bantu dia, tapi kalau selalu sangat timbunkan kerja yang patut dia buat pada saya, bila masa pulak saya mahu settlekan kerja saya?

saya pun sekarang sudah muak lihat telatah 2 orang yang menyakitkan mata saya. Seorang lelaki yang sudah beristeri dan ada anak, sorang lagi seorang isteri yang tengah dalam proses perceraian dengan suami yang suka memukul. haih..sakit mata tgk lelaki miang dan perempuan yang suka melayan ni! terbisik bisik, tergedik gedik! pls lah..nak bermanja manja, nak tenung2 bukan kat sini ok. Sakit mata tengok. Saya yang mula2 kesian dengan si perempuan, mula rasa marah pula. Ye, kesian sbb dia menjadi mangsa si suami yg panas baran, tapi dlm masa yang sama, marah pula kat dia sbb suka melayan lelaki2. Sikapnya yng suka melayan lelaki ni bukan baru je jadi, tapi sebelum dia mahu bercerai juga sudah berperangai mcm tu. haih, pantang betullah org mcm ni.

Si lelaki ni pun satu. Perangai pun tak ubah2. Dah kawen buatlah cara dah kawen. Ni nak tenung si perempuan mcm nak makan jer. Sekejap2 bertandang nak borak2 dengan senyum2 kambing. haih, rimas betul saya yang duk dekat belakang si perempuan ni.

Siapa yang tak suka entry ni, tak yah la terus baca ok. Ini luahan hati saya yang sangat sebal sekarang ni. Saya cukup pantang lelaki dan perempuan yang dah berkawen tapi masih tergedik2 lagi dengan orang lain. Mintak2 saya dan en suami tak terjebak dalam situasi ni. Saya crita juga dengan en suami hal ni. Dia suruh saya buat mcm biasa jer. Buat apa nak tensen pasal org lain. Kang orang tu takde apa2, saya yang tensen sendri.hmm..tgh cuba juga untuk buat donno, tapi masih tak boleh. Nanti2 saya cubalah.

Tapi, apa2pun, saya rasa, saya dah tak boleh lagi berada di sini. Sudah tiba masanya untuk saya beredar pegi dari company ni. Esok, sebagai permulaan, saya dah dapat satu panggilan interview kat tempat yang tak jauh dari kajang..yeeaahh!! doakan saya berjaya ye :)

Monday, December 21, 2009

17hb Nov 09 - Arwah bapak meninggal dunia

17hb Dis 09 - Genap sebulan arwah bapak meninggal dunia. Busu (adik ipar arwah bapak) pulak meninggal dunia setelah berbulan menderita sakit ketumbuhan dalam otak

20hb Dis 09 - Suami sepupu sy(belah mak) meninggal dunia. Arwah masih muda lagi. Arwah saudara jauh sebelah bapak saya. Mak yang temukan jodoh arwah dgn sepupu saya. Kesian sepupu sy, anak2 nya masih kecil lagi.

3 kehilangan dlm tempoh 33 hari. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan semua. Manusia takkan pernah mendapat tangguh dari kematian. Firman Allah ;

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (KEMATIAN) seseorang apabila datang waktu KEMATIANnya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Munafiqun 63:11)

---------------------------------------------

Manusia sering takut dgn kematian, tapi tak takut apabila melakukan kemungkaran. Pelik dengan sifat manusia yang apabila diajak ke arah kebaikan, sering memberi alasan 'belum sampai seru'. Belum sampai seru bagi kamu, tapi Allah dah lama menyeru kamu hai manusia! Kepada sahabat, diharap tabah dalam melalui liku2 perjuangan kita. Memang tak mudah untuk menang. Teruskan perjuangan kamu menyemai benih2 damai diseluruh pelusuk dunia. Biar satu dunia membenci kamu, asalkan jangan Allah yg membenci kamu!

Saturday, October 24, 2009

di persimpangan dilemma..

eh..bukan saya yg di persimpangan..tapi officemate saya :p

dia menunggu 4 tahun baru dikurniakan anak. itupun bukan melalui prosedur biasa. 2 kandungannya sebelum itu, gugur. anaknya bayi pramatang, dilahirkan tak cukup bulan. Di usia kandungan 7 bulan dia terpaksa di bedah untuk melahirkan anaknya. pada masa itu, berat anaknya tak sampai pun 1 kg, hanya dalam 900gram!

kini, selepas 5 bulan melahirkan, dia disahkan mengandung lagi. jika selama ini susah untuk mengandung, kali ni Allah permudahkan dirinya untuk mengandung. tapi, berita yang seharusnya gembira, ada kisah duka dibelakangnya. hmm..umum mengetahui, sesiapa yg melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan, minimum 2 tahun harus dilalui sebelum melahirkan bayi lagi. jadi, kandungannya kali ini tidak harus diteruskan. dr juga menasihatkan dia supaya menggugurkan kandungan. selain kesan pembedahan, dia juga bermasalah darah tinggi, dan sejarah kandungannya sebelum2 ini juga tidak berapa elok.

hmm..sepatutnya mmg dia kena gugurkan kandungannya. tapi, kerana naluri ibu yg terlalu kuat, dan juga keinginan untuk mendapat anak lagi, dia membuat keputusan untuk meneruskan kandungannya. selain itu, familynya juga tidak menyokongnya menggugurkan kandungan.

pelbagai reaksi diterima atas keputusannya. rata2, para ibu di ofis ni tak menyokong tindakannya. ianya melibatkan 3 nyawa. nyawa dia, nyawa anak dalam kandungan dan juga nyawa anak nya sekarang yang berusia 5 bulan (anak perempuannya sekarang berusia 5 bulan, tetapi perkembangan tumbesarannya terlalu perlahan, sudah pasti perlukan perhatian yg lebih)

hari ini, dia menyatakan keputusannya tetap untuk meneruskan kandungannya. saya sendri tak tau mcm mana kalau saya ditempatnya. kalau sekarang, saya mmg tak sokong tindakannya, tapi saya sendiri tak pasti kalau hal sebegini nnti menimpa saya, keputusan mana yg akan saya ambil. jika anda bagaimana??