Thursday, December 3, 2009
Azam baru
Saya yakin buah hati saya mampu buat. Berbuih dh nasihat suruh berhenti merokok, tapi tak berhenti2 jugak. Alasannya ttp sama, "papa dh bertahun merokok, takde pape pun?" heh..ada sajalah jwpn org lelaki ni kan bila kita suh berhenti merokok.
Saturday, November 28, 2009
Kenangan Aidilfitri 2009

keluarga besar kami. semua ada pada 1 syawal, kecuali saya dan en suami. Mengikut giliran, 1 syawal tahun ni kami sambut di Selayang..Inilah tahun pertama saya beraya jauh dr keluarga, dan tak sangka, tahun terakhir beraya dengan arwah bapak

Arwah bapak dan emak bersama cucu-cucunya. Mak bgtau, arwah bapak taknak amik gambar berdua dgn mak tahun ni..mesti panggil cucu2 amik gmbar sekali

adik saya yang paling bongsu bersama anak2 saudara
Wednesday, November 25, 2009
Demi Matahari
Demi Jiwa dan Penyempurnaannya...semoga diri sentiasa berwaspada dan bertakwa..amin..
Demi Matahari
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah Subhanallah
Allah Subhanallah
Allah Subhanallah
Allah Subhanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
Subhanallah
By : Snada ( Surah As-Syams (91) : 1-10 )
p/s : byk lagi kesan positif dr ESQ..ini jer yg mampu dikongsi buat masa ni..ada kesempatan, saya critakan lagi :) Next month bakal pergi lagi course ni.. menghabiskan sesi hari ketiga yg tak dapat kami habiskan..
Monday, November 23, 2009
Setelah 6 hari pemergian Arwah Bapak
Alhamdulilah, mlm tu, ramai tetamu yg hadir. Tetamu lelaki saja penuh memenuhi ruang depan sampai ke beranda rumah. Tetamu wanita pun ramai. Terima kasih buat jiran2 dan saudara mara yg membantu kami selama 5 hari ni. Saya sendiri amat berterima kasih pada abg2,kakak2 ipar dan adik saya yg bertungkus lumus untuk majlis tahlil selama 5 hari ini. Sedikit ralat apabila saya terpaksa balik kl pada hari rabu dn hanya dapat pulang semula ke kampung pada hari sabtu.
Terlalu mengejut pemergian bapak. Tanpa tanda, tiba2 kami kehilangan bapak yg kami cintai dan sayangi. Walaupun begitu, kami bersyukur, bapak tidak menderita lama. Kami juga bersyukur, kami berada di samping arwah ketika beliau menghembus nafas yg terakhir.
Mendengar cerita2 mak tentang arwah bapak sebelum bapak meninggal amat menyentuh hati kami. Bagaimana bapak selalu ingin berdamping dengan mak, mengajak mak sentiasa duduk dekat disampingnya dan memeluk mak setiap mlm – mak tidur berbantalkan lengan bapak 2-3 minggu ni. Seperti tahu ajalnya sudah mahu tiba, bapak menunjukkan semua kedai2 yg biasanya bapak pergi untuk mmbeli barang keperluan membaiki mesin rumputnya, kedainya membeli peralatan rumah dan kdai2 lain.
Kalau kami terasa dengan kehilangan bapak, apatah lagi mak. Tapi apa2pun kami harus tabah. Hanya kami 7 beradik yg akan terus menjaga emak. Sebaknya semalam sewaktu kami ingin pulang ke KL. Kalau ikutkan hati, mmg tidak mahu meninggalkan mak di kampung. Ingin saja bawa mak tinggal bersama kami. Tak sanggup rasanya biarkan mak duduk sorang di rumah. Betapa sunyinya nnti mak waktu siang dan mlm sendirian di rumah.
Walaubagaimanapun, kami bersyukur, kerana masih ada adik bongsu yg belajar tak jauh dari rumah. Boleh menemani mak buat sementara waktu. Cucu-cucu mak juga insyaallah akan menemani mak selepas raya haji nnti (sementara cuti sekolah)
Di samping berita sedih pemergian bapak, ada berita gembira kami terima pada hari khamis lalu. Alhamdulilah, nurul farhanah, cucu sulung keluarga kami berjaya mendapat 5A dlm peperiksaan UPSR. Saya gembira dn terharu sewaktu menerima berita itu. Alangkah indahnya jika arwah bapak masih ada untuk meraikan kejayaan nurul. Tanpa sedar mengalir air mata..
Hidup perlu diteruskan. Semoga kami semua tabah menghadapi ujian dan ketentuan Allah.
Pesanan buat semua- Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Ucapkanlah sayang pada mereka sementara mereka masih mampu mendengar apa yg kita ucapkan dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.
P/s : Teringat kata2 mak " 29hb ni anniversary mak ngan bapak. Ingatkan nak buat surprise kat bapak, rupanya bapak yang bagi surprise untuk kita.." We love u bapak
Thursday, November 19, 2009
tetapi tidak jiwaku,
kosong yang hanya kurasakan...
Al-fatihah buat arwah ayahanda tercinta yg pulang ke rahmatullah pada hari selasa, 17 nov 2009..semoga arwah bapak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..
Thursday, November 12, 2009
esok cuti :)
Pembantu saya yg setia sedang gigih mengira pokok :p
Cantikkan pokok bunga nih :p apa namanya saya lupa la pulak..susah nk menyebutnya..pokok yg kecik2 tu..jenuh nk mengiranya..sbb byak sgt
Oh ya, skarang ni, saya baru jer mencuba mengambil Usana essentials. En suami hadiahkan pada saya sempena hari jadinya (haha..tunggu saya tak bg2 dia hadiah, dia pulak bg hadiah kt saya...nnti ek yang, nnti i blikan hadiah hari jd u..) Tapi, buat masa sekarang ni, tak dpt kongsikan lg hasil drpd makan usana essential ni..nnti sy kongsikan ye..

