1. Saya telah selamat menyain appointment letter untuk sambung kontrak di ofis saya. Kontrak saya disambung sehingga hujung tahun ini. Alhamdulilah, dalam time kegawatan macam ni, bos saya masih mahu menyambung kontrak saya. Saya gembira dalam sengsara sebenarnya! erk...Gembira kerana saya tidak perlu lagi mencari kerja baru buat masa sekarang (sebab saya mmg malas untuk mencari keje2 baru) tapi derita sebab terpaksa berdepan dengan bos yang sangat garang..bos saya suka membawa aura negatif dalam ofis saya! (mengarah, memekik, mengeluh, menempelak..bla..bla..pada setiap pagi dan pada setiap masa dia masuk ofis) saya rasa dia tidak perlu bersikap begitu. Walaupun saya jarang terkena amukannya, tapi saya yang mendengarnya marah rakan sekerja pun sudah membuat saya kecut perut. Apa-apa pun saya perlu bersabar dan tetap positif. Mungkin bos saya risau dengan keadaan sekarang, ekonomi gawat, projek makin berkurangan, duit semakin berkurangan, atau pun mungkin sebab buah hatinya kat ofis ni sudah berboifren baru..erkkk..mungkin??
2. Saya kecewa lagi bulan ni. Saya kesian en suami, saya tau dia pun pasti kecewa..tapi terima kasih pada dia sebab tetap berada di sisi saya dan terus mencintai saya.
3. Malam tadi, saya bertanya lagi pada en suami. " Yang, bile kita nak pindah?" dia menjawab. " Nak pindah ke?" hmm..sudah tentu saya mahu pindah. Saya mahu privasi kami sendiri, sejak berkahwin, kami duduk serumah dengan keluarga en. suami. (saya selalu menyalahkan papa sbb kalau bukan kerana dia, kami sudah lama boleh tinggal di rumah sendiri !)
4. CSI new season sudah bermula. Sudah lama saya tunggu. erk..tapi waktu siarannya sama dengan drama Mertua Vs. Menantu di astro prima. Drama kesukaan mak mertua saya (dan saya juga :-p). Nasib baik ada ulangan pada hari ahad, takdelah saya menggigit jari.

No comments:
Post a Comment