Thursday, July 30, 2009

msg from someone 'salam...pekaba? dah pegnen ke?
ye, ianya hanya satu msg yg ringkas, tapi besar maknanya pada saya. wth dia nak tanya saya soalan ni. sedangkan saya dan dia tak kenal rapat pun. kenalan masa lalu yg saya sendiri dah tak ingat sangat bagaimana hubungan kami. memang kami pernah berchatting 2-3 bulan lepas. tapi saya tak expect ini soalan yg akan dia tanya selepas berapa lama kami tak berchatting. ye, mungkin dia nak beramah mesra dengan saya, tapi saya tak gemar soalan ni.
tak kiralah kalo org lain rasa soalan ni takde apa2 meaning ataupun tidak menyakitkan hati. tapi saya tidak. ini soalan sensitif buat saya. dan kalau betul pun saya dh pregnant, apa hal dia nak menyibuk?
saya belum pregnant lagi.. itu kenyataan nya sekarang.. dan buat masa sekarang, ini soalan paling sensitif buat saya. tolong jangan bertanya, tapi doakanlah saya. pertanyaan itu hanya akan menambahkan lagi je rasa pahit. kadang2 saya boleh terlalu positif dengan ketentuan Allah buat saya pada masa ni. ye, God works in mysterious way..mungkin ada hikmah saya tak dikurniakan cahaya mata sekarang. tapi sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan, yang boleh jadi lemah dan negatif dalam sekelip mata..

Wednesday, July 29, 2009

Banyak benda nak kongsi dalam ni. Tapi keadaan sekarang sangatlah sibuk. Semppat jenguk2 sekejap jer.

nanti2 lah saya update..

Thursday, July 23, 2009

Merajuk

Saya jauh hati dengan seseorang..

biarlah, malas nak layan sekarang ni..

mungkin diam diri itu lebih baik buat masa sekarang..

sampai bila? saya pun tak pasti.

Tuesday, July 21, 2009

hari hujan tiada idea

alhamdulilah, hari hujan hr ni..lama dh tak hujan, sejuk skit rasa..

time2 hujan macam ni, duk bwh selimut smbil tgk tv adalah aktiviti yang paling best..!

hujan2 ni, takde idea nak update apa..nak buat entry pasal bisness serunding daging, tapi nnti la saya buat, gambar pun tak ambil lagi..

ok lah, saya mau bersiap ke site nih..jmpe lg nnti :-)

Friday, July 17, 2009

Head Department or Head Demon??!

Saya sangat geram dengan head dept saya skrg ni! Dia suka membebankan staff bawah dia. Pada saya head dept yg baik, sepatutnya ambil tahu semua kerja staff di bawahnya. Manage kerja dengan baik agar memudahkan department kami punya kerja! Tapi apa yang dia buat, dia suka melambakkan kerja dia kat kami, especially saya. Dia mahu semua org tahu workload dia, tapi dia tak mau ambil tahu pun workload kami. Dia tak ambil tahu pun project apa bos bagi pada kami. Even tak menolong pun. Tapi bila part keja dia, mulalah dia canang satu department, minta tolong itu ini, macam project dia jer yang tengah run..haishh..geram betul la kat dia ni. Saya tahu, dia head department, dia ada kuasa. Tapi janganlah salah gunakan kuasa! dan lebih malang lagi, jangan la tak membela staff di bawahnya. Dia tak pernah nak pertahankan kami bila berlaku kesilapan, walhal untuk kesilapan tu, dia juga terlibat sama. Kami juga lah yang busuk nama, walaupun hakikatnyanya, decision tu sebahagiannya datang dari dia. Saya tak pernah jumpa ketua yg mcm ni lah. Suka larikan diri dari masalah, selalu susahkan anak buah dan suka buat2 sibuk mcm takde org lain yang lagi sibuk dari dia!
Pagi ni, saya hampir-hampir tak datang kerja. Sampai ofis pun lewat 15 minit. Saya tak larat pagi ni, macam biasa migraine datang lagi subuh tadi. Dah agak dah akan kena sbb tengah bulan mengambang sekarang ni. Tapi saya gigihkan jugak datang keje pagi ni..dan baru sekejapan td, mr head demon saya info dia half day hari ni dan cuti esok. Mahu pulang kekampung ptg ni. damn!! tak bgtau kami awal2 pun dia nak cuti. Kalau dia cuti, faham2 jelah, keje2 dia pasti di lambakkan pada saya..haishh..kalau saya tahu, saya mc terus je pagi ni..menyosal den..adehh..kepalaku makin berdenyut2 nih..

Thursday, July 16, 2009

Sentuhan Listrikmu

Lately en suami suka menyanyi lagu ni. Saya faham apa yang dia rasa dalam jiwa. Saya juga turut terasa tempiasnya..


Sentuhan Listrikmu
M. Nasir

Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu

don worry sayang, i'll always support you!! no matter what happen. Sekarang saya benar2 faham, kenapa hawa diciptakan dari tulang rusuk nabi adam. Saya akan tetap menjadi pendukung awak yang setia;itu janji saya.

Wednesday, July 15, 2009

Operasi mengemas

Pagi tadi, saya sibuk buat operasi mengemas dengan officemate. Tempat kami dah teruk sangat, banyak sangat file atas meja ngan rak. Cik ti pun dah mula berani munculkan diri nya, disamping suka meninggalkan kesan yang menyakitkan hati di mata kami. haish..tak pupus2 lagi cik ti nih..bilalah bos nak pindah ofis baru ni. Dengar cerita nak pindah dh lama, tapi tak pindah2 gak, kt tempat tersorok ni gak la dia nk duduk. Sibuk renovate tempat orang, tempat sendri terbengkalai ye bos..hmm..apa2 pun, tak pindah ok jugak..sbb ofis sgt dekat dengan rumah...tiap2 hari boleh balik lunch..:-p

Tuesday, July 14, 2009

bercucuk tanam

Saya ada hobi baru..hehe..terkenan dari ierra gak kot ni..hobi saya sekarang sambil bekerja sambil bercucuk tanam..heh, tak bercucuk sangat pun, siram2 pokok jer..pastu tuai hasil..owh..tak lupa juga sambil2 mencuri hasil org lain :-p

Barn Buddy di facebook mmg best..haha..

Monday, July 13, 2009

Hujung minggu

Menghabiskan hujung minggu dengan berehat, menonton wayang dan sedikit pengisian jiwa. Saya tidak bekerja hari sabtu yang lepas. Habiskan masa di rumah dan berlumba tidur dgn en suami. hahaha..best betul dapat bangun lmbat dan bermalas-malasan di hujung minggu, tanpa sebarang gangguan! Tak perlu fikir masalah kerja n masalah2 yang lain.


Sabtu malam, kami menonton wayang. heh..(bukan transformers sbb en suami dan menonton 2 kali dan saya tak berminat nak menonton)..akhirnya kami tgk movie ni..



dah lama ditayangkan, tapi baru sekarang dpt tengok...ok2 la cerita ni. Rasanya night at the museum 1 lagi best.

Thursday, July 9, 2009

Semangat yang hilang

saya dan rakan2 form 5 Buana. Rindulah kat semua!

Ingat lagi lagu ni? Zaman2 saya sek men dulu sangat popular lagu ni. Bila terdengar lagu ni, ingat time camp waktu form 5 dulu.Lagu ni la yg kitorg nyanyi. Hmm..tapi saya lupa la saya group mana. Magnificent 7 kot..yeker?!! haha..lupa la. Saya ni mmg kurang ingat memori zaman2 dulu. Even zaman belajar u pun byk dh saya lupa. Teruk tak? Tapi itu lah saya.



Semangat Yang Hilang


Tidak engkau seorang

Juang hingga titisan

Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana

Di ufuk pemikiran

Lalu menghayatinya


Kita laksanakan

Mata hati yang damai

Di sana kejujuran


Semarak impian segunung harap dipulang

Usahlah diragukan keupayaan sendiri

Hati yang membara mengikutkan kata-kata

Jawapannya di sini

Semangat kita yang hilang

Oh kita cari pulang


Malu bertanya kawan

Sesat cari jalan pulang

Biar ia berkesan

Di lubuk hati terbenam


by XPDC



Monday, July 6, 2009

Bad Mood

Saya takde mood hari ni. Bukan disebabkan kena saman td yer, tapi sbb fikiran sangat berserabut hari ini. Ditambah dengan karenah org2 sekeliling yang kadang2 saya muak dengan sikap mereka. Kenapa orang2 kita suka ambil kesempatan dan suka tikam belakang??! Saya sangat tak faham dengan mereka. Saya cuba lari dari mereka, tapi tak boleh. Sebab mereka ada disekeliling saya. Kalau nak lari, kenalah saya korbankan kerja dan masa depan saya. hmm..sabar mungkin jalan yang terbaik buat masa ni...positive dan terus positive..
Semalam termimpi sahabat saya. Sahabat suatu masa dulu, tapi saya tak tahu akan datang bagaimana. Mungkin mimpi sebab saya rindukan dia, ataupun mimpi sbb saya sgt marah dengan tindakan dia...yea, saya sangat marah dengan dia skrg. Tak sangka dia akan terjebak sama dalam konspirasi menjatuhkan apa yg saya tengah perjuangkan. Harap2 supaya dia sedar diri..harap2 dia meyedari, tindakannya adalah tidak wajar..hmm..walaupun marah pada dia, saya tak nafikan, saya juga rindukan dia..aduhai..

Di saman

Apalah nasib hari ni. Berpuluh kali dah saya buat u-turn di tempat tu, tak pernah pun terkantoi..hari ni, terkantoi plak..Pak belang tu pun tak nak consider lgsung kat sy nih, laju jer tulis saman..ish..tensen betul..dah usha2 dh sebelum u-turn tu, tapi terkantoi plak kali ni. Alamatnya, lepas ni kena la buat u-turn di tempat yg jauh tu tiap2 hari..Pelajaran hari ni, jgn langgar aturan. Mungkin kita akan selamat kali ni, tapi, tak pasti lagi akan selamat akan datang. Dah namanya pun aturan kan, sekali langgar, terima lah padahnya..aduuii..


googled

Friday, July 3, 2009

Si durjana *updated*

Semalam, kereta officemate saya dicuri. Pagi2, time mahu pergi kerja, si dia turun menapak tangga ke bawah dengan menggendong seorang anak dan memimpin seorang lagi anak. Bila sampai di parking lot, yang ada hanyalah parking lot yang kosong!! Aduiilaa..saya tak tau macam mana perasaan saya bila ditempat dia. Alang-alang dulu time kereta saya kena langgar teruk pun dah sedih, apatah lagi bila kereta hilang. Entah si durjana mana yg mencuri kereta si dia. Dari kesan2 yg ada, si durjana mencuri dengan menggunakan tow truck. Sangat keji ok..
Pesanan untuk semua, berhati-hatilah. Si durjana ada di mana-mana. Harus sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Harapannya, semoga si durjana akan terima balasan kelak.
*kereta yg si durjana curi telah ditemui semula..5 hari hilang. Si durjana tinggalkannya di kawasan perumahan. Sport rim dan tayar dan juga stroller baby telah dicuri. Oh ya, potpouri si empunya kereta pun dicuri juga! aduhai..apa2 pun, alhamdulilah..Walau ada sedikit kerosakan, yg penting kereta di jumpai semula :-)

Thursday, July 2, 2009

Aftra dan anak-anak

Gambar terkini aftra dan anak-anak. Saya buat entry ni khas untuk ms.mengantuk .. hehe


Aftra n Batrisya

Putri Batrisya - no.3

Sara Damia - No.2

Anis Sofea - No. 1


Walaupun ramai anak2 saudara, saya terlebih sayang kt Anis ni sampai sekarang..hehe..petah sangat bercakap..

Wednesday, July 1, 2009

Alhamdulilah

Saya kurang sehat lately, demam dan sakit belakang. Seksa betul. Kejap ok, kejap tak ok. Buat diri tersedar sikit, supaya bersyukur time2 sehat. Sekali Allah dah tarik nikmat sehat tu, tak boleh buat apa kita. Tak boleh kerja, tak boleh nak berjalan-jalan, tak boleh nak bersenang-senang. Tapi dari sudut positif nya, ini mungkin peringatan dari Allah untuk saya. Jangan sia2kan nikmat yang dah diberi pada saya. Saya juga harus bersyukur, masih boleh bangun setiap hari dan dipanjangkan usia.
Alhamdulilah
*Sabtu lepas, genap setahun usia perkahwinan saya dan en suami. Sekejap je rasa dah setahun. Semoga kasih sayang semakin bercambah dan bersama-sama hingga akhir hayat.amin