Monday, March 30, 2009

Layu

Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yg lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri



Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa



13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya



Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu



Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak


Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu



Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai


Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya


by Malique

dengar di sini

-naskah ini telah menceritakan segalanya, dan perjuangan mmg belum selesai..teruskan perjalanan..perdamaian dan pendidikan!

Aktiviti hari sabtu

posing '1'
posing '2'
posing '3'
Hari terakhir trainee (Jou n Twan) berkhidmat di office kami. Kami yang tak ada kerja ni sibuk mengambil gambar dengan diorg..hehe..nasib baik bos sudah balik awal2..lepas ni, nampaknya makin banyak la keje kami..penolong2 yang rajin sudah tak da..
Malam sabtu saya n en suami jadi organizer untuk pertandingan futsal. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan meriah. Kehadiran anak-anak menambahkan lagi kemeriahan majlis.. Yeay!!
Seorang anak kecil bertanya saya, "acik dah kawen ker." saya menjawab, " dah, itu husband acik" sambil menunjuk ke arah en suami yang sedang sibuk menjadi referee di padang. "tak percaya la." anak kecil tadi membalas balik.haha..sebab kami berdua bersaiz kecik, ramai tak percaya kami dah kawen dan ramai juga yang ingat kami pasangan muda (padahal..sudah mau masuk 3 series tahun depan :-p)

Thursday, March 26, 2009

Orang kita

Semalam telah berjalan proses pemilihan majlis tertinggi UMNO. 3 muka baru telah di angkat untuk menjadi pemimpin sayap-sayap UMNO. Saya tidak mengambil port pun sebenarnya, bukan kerana saya kurang patriotik, tetapi sbb saya dh malas nak melayan hal-hal politik yang sekarang ni semakin meloyakan dan ntah apa-apa. Semalam, saya terpacak depan TV kerana mama n papa khusyuk mengikuti siaran langsung tersebut. Saja nk feel the site jap..hehe..join diorg tgk jap, pastu mls dah ..sy angkat kaki naik atas.



Saya sudah malas sebenarnya dengan situasi politik di negara kita. Macam-macam hal, tapi yang nyatanya, org kita Melayu yang pastinya islam semakin berpecah belah. Perjuangan org-org dulu dengan sekarang sangat berbeza. Ahh..sekarang semuanya tak telus, penuh dengan drama dan penipuan dan yang pasti kena ada wang!? Saya tidak pasti, ke mana arah tuju politik negara kita. Kadang-kadang terasa seperti org Melayu kita dipermain-mainkan oleh bangsa lain dan yang lebih menyedihkan lagi, kita di permainkan oleh bangsa kita sendiri. Sampai bila ntah agaknya org-org kita mahu berbalah, berpecah dan mengikut arah tuju masing-masing. Rentetan daripada itu, tak hairanlah jika sebenarnya org islam berpecah belah. Adakah kita org islam hanya mahu bersama-sama dalam melakukan demonstrasi jalanan, bersama-sama memboikot barangan yahudi tetapi tidak mahu bersama-sama dalam hal kepimpinan?



Bak kata Nabil, " Lu, pikir la sendiri!". Tidak kemana kita nanti, hanya gah di bahagian politik tapi longlai di bahagian lain. Jangan sampai tergadai body di tanah air sendiri sudah. Malas dah nak cerita panjang..

Tuesday, March 24, 2009

Kau Yang Punya

KAU YANG PUNYA -MALIQUE FT NAJWA

**chorus**

jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang ku tetap kau yang punya

verse 1

bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dan menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali,
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

**chorus**

verse 2

kerjayaku memang kejam
punca matamu tak boleh pejam
bermalaman, bukan berjam
di mana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku di telefon kalau tak di sisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang, tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

**chorus**

verse 3

satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasidi depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersamaku bersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya


**chorus*

ku hanya punya kau
dan
hip hop

**outro**

ku juga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
kau tetapku yang punya
jangan lupa


#first time dengar lagu ni dulu, dalam keta otw ke office..en suami tujukan lagu ni pada saya time tu. katanya lagu ini paling tepat untuk saya, sbb katanya, dia selalu sibuk, kurang masa bersama saya, nak jumpa sehari pun susah apatah lagi weekend, dan pesannya, ingatlah lagu ini dan jangan bimbang lagi :-)



Friday, March 20, 2009

Migraine

migraine datang menjengah lagi hari ini..

kebiasaan yang menyesakkan ini paling seksa untuk ditempuh..

saya mahu terbang pulang..! mimpilah nk pulang sekarang..keje melambak


saya terbaca ini..migraine kerap menjengah sebelum sblm saya peot..sy benci betul..

Thursday, March 19, 2009

Emosi

saya dah malas nak fikir dan nak menunggu..

saya akan biarnya jadi secara semulajadi..

saya takkan memerhatikan perkembangannya lagi..

saya takkan sibuk mencari maklumat mengenainya lagi..

saya hanya mahu berdiam diri..

saya bukan mengalah..

tapi..

saya hanya mahu berehat sebentar..

saya hanya mahu melapangkan fikiran..

saya hanya mahu gembira..


Monday, March 16, 2009

Suka duka

1. Saya mls nak update blog saya, lebih tepat lagi, saya sangat malas untuk menaip

2. Ketika saya menulis entry ini, saya sgt marah dgn rakan sepejabat yg duduk di sebelah saya! Dia sangat suka mengambil kesempatan terhadap org lain. Nama je ketua department, tapi selalu menyusahkan kami yg duduk di bawahnya. Gaji je besar, tapi makan gaji buta! Baik bagi separuh gaji dia pada saya!!

3. Hari ini saya mengetahui satu kebenaran tentang seorang lagi rakan sepejabat saya. Selama ini saya hanya mendengar khabar2 angin dari org lain, tapi pada hari ini saya sendiri melihat bukti depan mata saya. Disaat dia memberi perkhabaran itu pada saya, saya hampir-hampir menangis, lebih-lebih lagi setelah melihat kesan lebam pada badannya. Dia nekad untuk mengambil tindakan kali ini (dia menunggu sehingga hampir 7 tahun untuk membuat keputusan ini) . Saya doakan supaya dia tabah, dan terus berjuang untuk dirinya dan anak-anaknya.

4. Semalam saya melihat detik-detik kejuaraan Dato' Lee Chong Wei dalam Terbuka Switzerland. Saya melonjak gembira bersama suami dan adik ipar mlm semalam. Akhirnya berjaya juga Chong Wei mengalahkan Lin Dan.Yeay!! Tahniah buat Chong Wei (Tahniah juga buat pemain beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang mengalahkan pasangan beregu Denmark. Saya tidak menonton perlawanan mereka ) .

5. Awal bulan April ini, Insyaallah kami akan berpindah ke rumah baru.. :-)