Friday, August 7, 2009

Riang Ria raya ;-p

Pejam celik, pejam celik, tak perasan hari2 berlalu dengan pantas. Sedar-sedar sudah hari jumaat hari ni. Dua minggu lagi kita bakal menyambut Ramadhan al mubarak. Alhamdulilah, puasa ganti dah settle semua.
Macam mana dengan persiapan raya tahun ini? Semua org sudah sibuk membeli dan menempah baju. Saya? beli pun tak lagi, apatah lagi tempah jahit..hehe..tapi, seperti biasa, mak saya dah siapkan awal2 baju raya untuk saya dan en suami..terima kasih mak!mmuuahhhh!..hehe..dari kecik2 sampai dh kawen ni, mak yg selalu uruskan baju raya saya. Saya mmg malas mahu beli baju awal2, dan kebiasaannya, tak perlu beli pun..haha, sbb mak dh belikan dulu. Tahun ni, bapak belikan baju raya untuk semua anak menantu n cucu. Boria la tahun ni (ada gathering family blah bapak saya pada raya ke-2) seperti biasa, mak la yg menjahitnya. Tapi sejak mak buat operation buang ketumbuhan 3 tahun lepas, mak dah kurang menjahit. Kami pun tak bagi mak ambil upah jahit baju lagi. Mak hanya menjahit skit2 jer. Kalau nk kenang waktu dulu2, biasanya waktu mlm raya mak mmg kurang tidur sbb nak siapkan tempahan baju raya. Biasanya baju raya abang2 akan siap pagi raya. Ramai suka tempah baju dengan mak. Walaupun mak menolak, ramai ttp hntr kt mak. Agaknya dh selesa dengan jahitan mak. Jahitan baju melayu mak pun mmg tip top :-p
Heh, bulan ramadhan baru je nak menjelma, tapi dah sibuk cerita pasal raya kan? Apa2 pun, semoga Allah berikan kesempatan pada saya lagi untuk menjalani bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

2 comments:

ms mengantuk said...

bestnya dpt mak yg pandai + rajin menjahit utk anak menantu! nape zaman sklh dulu x ckp mak awak tailor; boleh saya tempah baju kat dia...:P

azura said...

eh..tak tau ek? ingatkan tau..:p

yup..mmg best dpt mak yg pandai + rajin menjahit baju..tapi sayang, anak2 pompuan takde yg ikut jejak langkah mak pandai jahit..