Wednesday, April 7, 2010

ikhlaskah?

sudah banyak kali saya terlihat mereka membuat sekat*n di area office saya..saya selalu terfikir, gigih betul mereka tgh2 hari buta ni membuat kerja. Walaupun hati merungut sbb kdg2 jln jammed disebabkan mereka, tapi kadang2 rasa ok juga. Kerana minda positif saya mengatakan mereka mahu pelihara keselamatan dan keamanan. Mungkin ada yg mahu mereka cari.

Harini, tanpa saya sedar, saya telah diintai sewaktu menjawab panggilan telefon bimbit sewaktu memandu. Natijahnya, saya ditahan mereka. Dan sebagai perencah perisa yang menyedapkan lagi keadaan, lesen memandu saya telah tamat 2 hari lepas!(saya pun tak ingat nak check lesen tamat bila) Saya sudah pasrah, mesti kena punya ni. Dlm hati dah menyumpah2, menyesal pulak jawab panggilan telefon td. Apa kesudahannya peristiwa td? anda sajalah teka.

Tapi, selepas berlalu peristiwa td, hati saya sangat marah dan kesal. Saya ingatkan mereka ikhlas sebelum ni, tapi rupa2nya ada udang disebalik mee. Owh, mmg berbaloi penyeksaan mereka dibawah terik mentari rupanya. Hai manusia, bilakah kamu benar2 mahu deliver kerja kamu dgn amanah dan ikhlas? Agaknya, yang terlarang itu yang sedap untuk dilanggar yer?

fikir2kanlah..

6 comments:

hajja said...

berapa banyak kau bagi ?

dhr said...

polis ke JPJ? Polis gaji baru je naik, elaun pun tambah.tak cukup2 lg ke?!

Naemah said...

amik je nama derang, laporkn je kt pihak bwajib

azura said...

hajja: 50 aku kena..

dian: ahh...mana dia kira gaji baru naik atau apa

naem: kesilapan besar aku td..tak mengambil nama mereka..

Lissa Ahmad said...

apa dorang kira, sekali dah buat, nak kira apa gaji dah naik, dah ketagih buat benda tu.

rakyat ni la yang susah2 jalan jem berjela-jela.

dhr said...

tiada pemberi, tiada penerima. lepas ni kalo kene lg mcmni, amik name, no di badan and report sprm.