Wednesday, May 19, 2010

Ok2 saja :)

Hidup sangat terisi sejak akhir2 ni..hehe..sampai blog pun tak terurus. cewah..

Keje baru, ok (bz skit sbb hanya ada 2 qs termasuk saya..dan banyak tender nak masuk!), rumah ok, perjalanan pergi balik keje ok (walaupun ambil masa 40 minit..tak perlu menempuh sangat traffic jam :)) hehe..pendek kata..semuanya ok2 saja..

Sedang membaca buku Good to Great by Jim Collins sekarang. Tetapi sangat slow sbb sambil2 membuat translasi sekali. Mudah untuk kegunaan masa depan..hehe..baru masuk chapter 3, tapi setakat ni, buku ini mmg sangat baguslah.

Selain tu, baru saja menonton Food, Inc. Itupun baru menonton sedikit saja. Kami menonton beramai-ramai. Mengambil pelajaran daripada dokumentari yang sangat telus ttg makanan. Haih, baru menonton sikit jer, saya sudah terkejut dengan realiti sebenar makanan yang kita makan hari-hari ni. Langkah wajar dan termampu yang kami lakukan, membuat mini kebun di belakang rumah :) setakat ni dah tanam bayam, kangkung, sawi dan pak coi. Bakal juga menanam terung dan sayur-sayuran menjalar di pagar belakang. Nasib baik saya dan sahabat duduk berdekatan (duduk berderet sebenarnya) maka bolehlah bukak pagar tepi di belakang dan hasilnya, dapat tanah yang lebih luas. Kami juga membela ikan keli. Di belakang rumah saya juga ada satu. Tak sabar nak tunggu sayur2 dan ikan-ikan tu besar lah. Bleh makan hasil tuaian dan belaan sendiri :p

2 comments:

yulie said...

baca entry kali ni mcm tenang je. eh menanam pokok mmg best. tingat zaman kat kg petik cili + kailan mak aku tanam. besttnyaaa feeling tu!
nnti letak la gambar pkok2 ngn ikan keli. aku suka ikan keli goreng cili. yum!!!! terangkatttt

ps; sudah, tingin ikan keli lakkkkk.. adoiii

azura said...

yulie, menanam pokok mmg best! hehe..

nnti aku letak gambr.

ikan keli goreng cili mmg sodap..nyumm..nyum..