Friday, December 18, 2009

Aktiviti 1 Muharam 1431H


Seperti tahun lepas, tahun ni, kami tak dapat bercuti pada 1 Muharam. Rasanya, sampai bila2 pun office ni takkan bg kami cuti untuk 1 Muharam. Tak mengapalah, bagus juga memulakan tahun baru hijrah ni dengan bekerja seperti biasa.hehe..

Hari ni, kami yg beragama islam, berpakat tak mahu memakai t-shirt rasmi office yg harus dipakai setiap hari Jumaat. Kami berpakaian 'raya' hari ni! hehe..sebagai tanda protes mungkin..dan juga tanda menyambut tahun baru Maal Hijrah.


Bos kami sudah pulang dari bercuti di Australia mlm td. Heh, dan pagi td, tepat jam 10 sudah terpacak di pintu office. Secara automatik, office yg riuh rendah 1-2 minggu ni, jadi senyap sunyi seperti dilanggar garuda. Amboi, semuanya khusyuk buat kerja nmpknya.


Alhamdulilah, dlm2 stress kena kerja waktu cuti umum dan ditambah lagi dgn kehadiran bos kt office ni, sedikit lega apabila semua hutang kerja dah dilangsaikan semalam. Jadinya, sedikit lega rasanya waktu bos masuk office (hehe..kalau tak siap lagi, akibatnya, petir dan guruh la saya dapat td :p)


Waktu lunch jam 1 td, bos sudah keluar..hehe..dan sebentar tadi kami ambil kesempatan ketiadaan bos untuk mengambil gambar. haha, mcm gmbr raya la pulak.




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA !

2 comments:

Yulie Elveera said...

wajib wat tunjuk perasaan ni.. bg bos ketupat skali ;)

azura said...

haha..tu la tu..