Monday, November 23, 2009

Setelah 6 hari pemergian Arwah Bapak

Alhamdulilah, Sabtu mlm yg lalu, telah selesai majlis tahlil untuk arwah bapak. Kami sekeluarga buat majlis tahlil 5 hari berturut turut untuk arwah bapak. Hanya al-fatihah dan doa yg mampu kami berikan untuk arwah bapak. Semoga roh bapak tenang di sana.

Alhamdulilah, mlm tu, ramai tetamu yg hadir. Tetamu lelaki saja penuh memenuhi ruang depan sampai ke beranda rumah. Tetamu wanita pun ramai. Terima kasih buat jiran2 dan saudara mara yg membantu kami selama 5 hari ni. Saya sendiri amat berterima kasih pada abg2,kakak2 ipar dan adik saya yg bertungkus lumus untuk majlis tahlil selama 5 hari ini. Sedikit ralat apabila saya terpaksa balik kl pada hari rabu dn hanya dapat pulang semula ke kampung pada hari sabtu.

Terlalu mengejut pemergian bapak. Tanpa tanda, tiba2 kami kehilangan bapak yg kami cintai dan sayangi. Walaupun begitu, kami bersyukur, bapak tidak menderita lama. Kami juga bersyukur, kami berada di samping arwah ketika beliau menghembus nafas yg terakhir.

Mendengar cerita2 mak tentang arwah bapak sebelum bapak meninggal amat menyentuh hati kami. Bagaimana bapak selalu ingin berdamping dengan mak, mengajak mak sentiasa duduk dekat disampingnya dan memeluk mak setiap mlm – mak tidur berbantalkan lengan bapak 2-3 minggu ni. Seperti tahu ajalnya sudah mahu tiba, bapak menunjukkan semua kedai2 yg biasanya bapak pergi untuk mmbeli barang keperluan membaiki mesin rumputnya, kedainya membeli peralatan rumah dan kdai2 lain.

Kalau kami terasa dengan kehilangan bapak, apatah lagi mak. Tapi apa2pun kami harus tabah. Hanya kami 7 beradik yg akan terus menjaga emak. Sebaknya semalam sewaktu kami ingin pulang ke KL. Kalau ikutkan hati, mmg tidak mahu meninggalkan mak di kampung. Ingin saja bawa mak tinggal bersama kami. Tak sanggup rasanya biarkan mak duduk sorang di rumah. Betapa sunyinya nnti mak waktu siang dan mlm sendirian di rumah.

Walaubagaimanapun, kami bersyukur, kerana masih ada adik bongsu yg belajar tak jauh dari rumah. Boleh menemani mak buat sementara waktu. Cucu-cucu mak juga insyaallah akan menemani mak selepas raya haji nnti (sementara cuti sekolah)

Di samping berita sedih pemergian bapak, ada berita gembira kami terima pada hari khamis lalu. Alhamdulilah, nurul farhanah, cucu sulung keluarga kami berjaya mendapat 5A dlm peperiksaan UPSR. Saya gembira dn terharu sewaktu menerima berita itu. Alangkah indahnya jika arwah bapak masih ada untuk meraikan kejayaan nurul. Tanpa sedar mengalir air mata..

Hidup perlu diteruskan. Semoga kami semua tabah menghadapi ujian dan ketentuan Allah.

Pesanan buat semua- Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Ucapkanlah sayang pada mereka sementara mereka masih mampu mendengar apa yg kita ucapkan dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

P/s : Teringat kata2 mak " 29hb ni anniversary mak ngan bapak. Ingatkan nak buat surprise kat bapak, rupanya bapak yang bagi surprise untuk kita.." We love u bapak

2 comments:

yulie said...

tabahkan hati zura even mmg berat.. tak dpt bygkan kalau aku kat tempat ko... :(

azura said...

tq yulie