Saturday, October 24, 2009

di persimpangan dilemma..

eh..bukan saya yg di persimpangan..tapi officemate saya :p

dia menunggu 4 tahun baru dikurniakan anak. itupun bukan melalui prosedur biasa. 2 kandungannya sebelum itu, gugur. anaknya bayi pramatang, dilahirkan tak cukup bulan. Di usia kandungan 7 bulan dia terpaksa di bedah untuk melahirkan anaknya. pada masa itu, berat anaknya tak sampai pun 1 kg, hanya dalam 900gram!

kini, selepas 5 bulan melahirkan, dia disahkan mengandung lagi. jika selama ini susah untuk mengandung, kali ni Allah permudahkan dirinya untuk mengandung. tapi, berita yang seharusnya gembira, ada kisah duka dibelakangnya. hmm..umum mengetahui, sesiapa yg melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan, minimum 2 tahun harus dilalui sebelum melahirkan bayi lagi. jadi, kandungannya kali ini tidak harus diteruskan. dr juga menasihatkan dia supaya menggugurkan kandungan. selain kesan pembedahan, dia juga bermasalah darah tinggi, dan sejarah kandungannya sebelum2 ini juga tidak berapa elok.

hmm..sepatutnya mmg dia kena gugurkan kandungannya. tapi, kerana naluri ibu yg terlalu kuat, dan juga keinginan untuk mendapat anak lagi, dia membuat keputusan untuk meneruskan kandungannya. selain itu, familynya juga tidak menyokongnya menggugurkan kandungan.

pelbagai reaksi diterima atas keputusannya. rata2, para ibu di ofis ni tak menyokong tindakannya. ianya melibatkan 3 nyawa. nyawa dia, nyawa anak dalam kandungan dan juga nyawa anak nya sekarang yang berusia 5 bulan (anak perempuannya sekarang berusia 5 bulan, tetapi perkembangan tumbesarannya terlalu perlahan, sudah pasti perlukan perhatian yg lebih)

hari ini, dia menyatakan keputusannya tetap untuk meneruskan kandungannya. saya sendri tak tau mcm mana kalau saya ditempatnya. kalau sekarang, saya mmg tak sokong tindakannya, tapi saya sendiri tak pasti kalau hal sebegini nnti menimpa saya, keputusan mana yg akan saya ambil. jika anda bagaimana??

1 comment:

ms ngantuk said...

semayang n doalah byk2 moga Alah permudahkan. rasanya if pregnancy x complicated, it's ok to give birth again walau blm sampai 2y. tp in her case, kenalah dia jaga betul2 her health, mkn etc.
at the end, Allah knows best!