Alhamdulilah, semalam genap 29 tahun saya dilahirkan :-) kalau 29 tahun yang lalu, saya dilahirkan pada 1 Syawal. hehe..kesian mak, orang sibuk beraya, mak pulak kena berpantang. Saya dilahirkan kembar. Kembar seiras perempuan. Kelahiran kami mmg dinantikan. Almaklumlah, mak n bapak betul2 mengharapkan dapat anak perempuan setelah mendapat 4 orang anak lelaki. Akhirnya doa mak n bapak termakbul. Sekali dapat 2 org anak perempuan :-). Kami dilahirkan cukup bulan, tapi saya dilahirkan cuma 2 paun, manakala kembar saya normal. Mak kata, saya terlalu kecil dan terpaksa masuk dalam inkubator selama sebulan. Keadaan saya pun macam kurang normal, sbb leper ;p. Tapi alhamdulilah, saya ok selepas tu.
Saya dan kembar banyak ikut gen bapak. Rambut kerinting meggi waktu kecik2 dulu..hehe, selalu jadi perhatian orang, sbb rambut kami. Orang pun selalu komen tak dapat bezakan kami, tapi, waktu umur kami 6 tahun, Allah dah tolong agar org dapat bezakan kami berdua. Suatu petang, kami telah berlanggar sesama sendri dalam rumah..hehe, akibatnya, sampai sekarang, saya ada tanda di kening dan kembar saya didahi :p . Waktu tu kami tadika lagi. Tak dapat lupa betul, esoknya gi tadika kena gelak dengan semua. Sebabnya? hehe..ubat luka kitorg berwarna kuning terang..mak aih..dua2 bersapu ubat di muka.
itulah skit2 knangan dulu2. Nak tulis panjang lagi, tapi ada kerje yg menanti. Apa2pun saya bersyukur, masih bernafas lagi dalam usia 29 tahun ni :-)
4 comments:
happy belated birthday azura!!
tq ira..umur dh nak dekat 3 series ni..hehe
eh happy belated birthday!
2 paun=0.9kg kah? biar benar.. anyway saya can differentiate awak dgn aftra sejak awal lg..x susahla as compared to other twins. mak saya pun kembar..
and bila 1 syawal menjelang..itu dah b'day yg ke 30 tau!
cheers!
haah..less than 1kg..besar penumbuk jer :p..mak akak pun kembar? bapak saya kembar jugak, tp meninggal sejak lahir.
huhu..diriku sudah tua..
Post a Comment