Semalam, kereta officemate saya dicuri. Pagi2, time mahu pergi kerja, si dia turun menapak tangga ke bawah dengan menggendong seorang anak dan memimpin seorang lagi anak. Bila sampai di parking lot, yang ada hanyalah parking lot yang kosong!! Aduiilaa..saya tak tau macam mana perasaan saya bila ditempat dia. Alang-alang dulu time kereta saya kena langgar teruk pun dah sedih, apatah lagi bila kereta hilang. Entah si durjana mana yg mencuri kereta si dia. Dari kesan2 yg ada, si durjana mencuri dengan menggunakan tow truck. Sangat keji ok..
Pesanan untuk semua, berhati-hatilah. Si durjana ada di mana-mana. Harus sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Harapannya, semoga si durjana akan terima balasan kelak.
*kereta yg si durjana curi telah ditemui semula..5 hari hilang. Si durjana tinggalkannya di kawasan perumahan. Sport rim dan tayar dan juga stroller baby telah dicuri. Oh ya, potpouri si empunya kereta pun dicuri juga! aduhai..apa2 pun, alhamdulilah..Walau ada sedikit kerosakan, yg penting kereta di jumpai semula :-)
2 comments:
sekarang ramai orang gile.
makin hari makin teruk
Post a Comment