Thursday, June 11, 2009

Johor vs. Sarawak

Esok saya cuti dan bakal pulang ke kampung. Tapi saya pulang ke kampung sendirian kerana en suami esok o/station ke Sibu :-( ..eh..bukan sendirian sangat sebenarnya..saya pulang dengan my abg n family..:-p
Sedih jugak rasanya berpisah dengan en suami..haha..walaupun hanya 3 hari..bunyi macam mengada-ngada kan? tapi mmg sedih tau..sbb sejak kami berkahwin, tak pernah berpisah lama macam ni. Walau macam mana en suami sibuk or balik rumah lambat pun, saya tetap boleh bertentang mata dengan dia, walau hanya 5 minit..:-( :-p
Nasib baik balik kampung ni ada kenduri kawen sepupu saya. So, harap-harapnya, takdelah masa untuk saya merasa rindu kt en suami..ahaks..mengada betul!
Apa-apa pun balik kampung ni, boleh la saya memborong kerepek yang enak-enak di Azhar Food Supplier (iklan sekejap). Tak sabar juga nak dapatkan kerepek sukun yang enak dan rangup tu. Saya makin terliur selepas baca entry wawa pasal sukun goreng. Ish..cepatlah esok, saya tak sabar nak balik kampung ni.

2 comments:

wawa said...

wah, ada kedai kerepek jual sukun?nak jeleskan aku la tu

azura said...

haha..tak sengaja menjeleskan ko..