Monday, July 13, 2009

Hujung minggu

Menghabiskan hujung minggu dengan berehat, menonton wayang dan sedikit pengisian jiwa. Saya tidak bekerja hari sabtu yang lepas. Habiskan masa di rumah dan berlumba tidur dgn en suami. hahaha..best betul dapat bangun lmbat dan bermalas-malasan di hujung minggu, tanpa sebarang gangguan! Tak perlu fikir masalah kerja n masalah2 yang lain.


Sabtu malam, kami menonton wayang. heh..(bukan transformers sbb en suami dan menonton 2 kali dan saya tak berminat nak menonton)..akhirnya kami tgk movie ni..



dah lama ditayangkan, tapi baru sekarang dpt tengok...ok2 la cerita ni. Rasanya night at the museum 1 lagi best.

Thursday, July 9, 2009

Semangat yang hilang

saya dan rakan2 form 5 Buana. Rindulah kat semua!

Ingat lagi lagu ni? Zaman2 saya sek men dulu sangat popular lagu ni. Bila terdengar lagu ni, ingat time camp waktu form 5 dulu.Lagu ni la yg kitorg nyanyi. Hmm..tapi saya lupa la saya group mana. Magnificent 7 kot..yeker?!! haha..lupa la. Saya ni mmg kurang ingat memori zaman2 dulu. Even zaman belajar u pun byk dh saya lupa. Teruk tak? Tapi itu lah saya.



Semangat Yang Hilang


Tidak engkau seorang

Juang hingga titisan

Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana

Di ufuk pemikiran

Lalu menghayatinya


Kita laksanakan

Mata hati yang damai

Di sana kejujuran


Semarak impian segunung harap dipulang

Usahlah diragukan keupayaan sendiri

Hati yang membara mengikutkan kata-kata

Jawapannya di sini

Semangat kita yang hilang

Oh kita cari pulang


Malu bertanya kawan

Sesat cari jalan pulang

Biar ia berkesan

Di lubuk hati terbenam


by XPDC



Monday, July 6, 2009

Bad Mood

Saya takde mood hari ni. Bukan disebabkan kena saman td yer, tapi sbb fikiran sangat berserabut hari ini. Ditambah dengan karenah org2 sekeliling yang kadang2 saya muak dengan sikap mereka. Kenapa orang2 kita suka ambil kesempatan dan suka tikam belakang??! Saya sangat tak faham dengan mereka. Saya cuba lari dari mereka, tapi tak boleh. Sebab mereka ada disekeliling saya. Kalau nak lari, kenalah saya korbankan kerja dan masa depan saya. hmm..sabar mungkin jalan yang terbaik buat masa ni...positive dan terus positive..
Semalam termimpi sahabat saya. Sahabat suatu masa dulu, tapi saya tak tahu akan datang bagaimana. Mungkin mimpi sebab saya rindukan dia, ataupun mimpi sbb saya sgt marah dengan tindakan dia...yea, saya sangat marah dengan dia skrg. Tak sangka dia akan terjebak sama dalam konspirasi menjatuhkan apa yg saya tengah perjuangkan. Harap2 supaya dia sedar diri..harap2 dia meyedari, tindakannya adalah tidak wajar..hmm..walaupun marah pada dia, saya tak nafikan, saya juga rindukan dia..aduhai..

Di saman

Apalah nasib hari ni. Berpuluh kali dah saya buat u-turn di tempat tu, tak pernah pun terkantoi..hari ni, terkantoi plak..Pak belang tu pun tak nak consider lgsung kat sy nih, laju jer tulis saman..ish..tensen betul..dah usha2 dh sebelum u-turn tu, tapi terkantoi plak kali ni. Alamatnya, lepas ni kena la buat u-turn di tempat yg jauh tu tiap2 hari..Pelajaran hari ni, jgn langgar aturan. Mungkin kita akan selamat kali ni, tapi, tak pasti lagi akan selamat akan datang. Dah namanya pun aturan kan, sekali langgar, terima lah padahnya..aduuii..


googled

Friday, July 3, 2009

Si durjana *updated*

Semalam, kereta officemate saya dicuri. Pagi2, time mahu pergi kerja, si dia turun menapak tangga ke bawah dengan menggendong seorang anak dan memimpin seorang lagi anak. Bila sampai di parking lot, yang ada hanyalah parking lot yang kosong!! Aduiilaa..saya tak tau macam mana perasaan saya bila ditempat dia. Alang-alang dulu time kereta saya kena langgar teruk pun dah sedih, apatah lagi bila kereta hilang. Entah si durjana mana yg mencuri kereta si dia. Dari kesan2 yg ada, si durjana mencuri dengan menggunakan tow truck. Sangat keji ok..
Pesanan untuk semua, berhati-hatilah. Si durjana ada di mana-mana. Harus sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Harapannya, semoga si durjana akan terima balasan kelak.
*kereta yg si durjana curi telah ditemui semula..5 hari hilang. Si durjana tinggalkannya di kawasan perumahan. Sport rim dan tayar dan juga stroller baby telah dicuri. Oh ya, potpouri si empunya kereta pun dicuri juga! aduhai..apa2 pun, alhamdulilah..Walau ada sedikit kerosakan, yg penting kereta di jumpai semula :-)

Thursday, July 2, 2009

Aftra dan anak-anak

Gambar terkini aftra dan anak-anak. Saya buat entry ni khas untuk ms.mengantuk .. hehe


Aftra n Batrisya

Putri Batrisya - no.3

Sara Damia - No.2

Anis Sofea - No. 1


Walaupun ramai anak2 saudara, saya terlebih sayang kt Anis ni sampai sekarang..hehe..petah sangat bercakap..

Wednesday, July 1, 2009

Alhamdulilah

Saya kurang sehat lately, demam dan sakit belakang. Seksa betul. Kejap ok, kejap tak ok. Buat diri tersedar sikit, supaya bersyukur time2 sehat. Sekali Allah dah tarik nikmat sehat tu, tak boleh buat apa kita. Tak boleh kerja, tak boleh nak berjalan-jalan, tak boleh nak bersenang-senang. Tapi dari sudut positif nya, ini mungkin peringatan dari Allah untuk saya. Jangan sia2kan nikmat yang dah diberi pada saya. Saya juga harus bersyukur, masih boleh bangun setiap hari dan dipanjangkan usia.
Alhamdulilah
*Sabtu lepas, genap setahun usia perkahwinan saya dan en suami. Sekejap je rasa dah setahun. Semoga kasih sayang semakin bercambah dan bersama-sama hingga akhir hayat.amin