Thursday, February 6, 2014

Humaira binti Khairuzzamil


Bismillahirrahmanirrahim..lama tak menjengah ke sini..

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah..

24/11/2012 – kelahiran Humaira yg dinanti-nantikan. Alhamdulilah, 4 tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan doa kami. Hanya kesyukuran yang mampu kami panjatkan. Segala kesabaran, tangis, tawa semua bagai terbalas bila menatap Humaira buat kali pertama. Ya, Allah punya perancangan yang Maha Hebat. Siapa sangka, di waktu kami pasrah berserah, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Alhamdulilah, kelahiran Humaira juga mudah dan pengalaman bersalin di Hospital Serdang pun bagus. Midwife yang menyambut kelahiran Humaira sangat baik dan memahami (ohh, plus sgt cantik jugak orangnya..muda dan berbudi Bahasa)  

Sekarang, Humaira dah 14 months ++. Dah mula pandai bercakap, masih malas nak berjalan, sangat rajin panjat tangga dan ‘mengemas’ cabinet kat dapur.

Insyaallah, pertengahan July nanti, Humaira bakal bergelar kakak! J


Tuesday, May 15, 2012



51:56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Alhamdulilah.. 10weeks +

Thursday, November 24, 2011

Tentang Dhia..eh! tentang saya

berhabuk bersawang dah blog ni..

saya tukar keje lagi! heh..lepas raya haritu start..so far, alhamdulilah. kalau boleh saya mahu stay lama kat sini. top ten developer, but..still cha ya nun aliff punya company. ahh..mungkin jodoh saya lebih dengan company cina kot.layan aja lah.

saya makin membesar sekarang (bukan pregnant yer)..kena jaga makan sikit sekarang, sbb saya tak mau jadi perempuan pendek dan gemuk..hehe..

saya juga makin tenang sekarang. lebih redha dengan ketentuan Allah. mungkin belum tiba masanya Allah nak kurniakan saya zuriat. saya harus lebih bersyukur, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan pada saya. maka saya harus bergembira dengan segala nikmat yang Allah kurniakan selama ni. saya hampir terlupa, Allah kurniakan nikmat pada manusia dengan bermacam cara. maka saya tak harus bersedih dan berputus asa hanya kerana belum dikurniakan nikmat yang satu itu :)

Aftra dah selamat bersalin baby ke-4. Dah sebulan lebih rasanya (haha..lupa plak tarikh aftra bersalin :p) Alhamdulilah, aftra n baby sihat alhamdulilah. kali ni, baby boy! hoyeh..lama dah tunggu nak baby boy tu..hehe

perut dah berbunyi2, mintak diisi..harap2 lepas ni ada masa lagi nak menulis.

Friday, August 26, 2011

rindu..

Rindu kat arwah bapak..rindu sangat..

semoga arwah bapak tenang di sana..

selamat hari raya aidilfitri bapak.

Tuesday, July 12, 2011

:)



alhamdulilah, adik bongsu kami selamat bertunang 9 Julai 2011. Kami doakan semuanya berjalan lancar.amin..





Friday, April 29, 2011

dah selamat hantar tender semalam dan kelmarin..alhamdulilah, dapat jugak settle..tapi tak dapat rehat lagi, ada lagi tender nak submit khamis depan..3 lagi yer..!

nampaknya, menikmati hari buruh sebagai buruh yang sibuk mengira lah ni..

selamat bercuti panjang yer semua! :)


saya kena kerja esok..sabtu minggu ke-5..siapa2 yang kerja esok, selamat bekerja lah! :p

Friday, April 22, 2011

Mata dah juling tengok drawing dan BQ..2 bulan yang memenatkan dan pasti akan bersambung lagi bulan hadapan.

Next week ada 6 tender mau hantar..1 isnin, 2 rabu dan 3 khamis. ada berani?? lebih mensedapkan, semua tender takde quantity ok..kenalah kira satu2 pastition berapa, ceiling berapa, finishes berapa, furniture berapa, M&E berapa..pasrah dah ni..dah la qs hanya ada 2 org jer..

Project on hand pun kena jaga, tender masuk pun kena jaga..al kedekut lah bos saya ni, tak nak spend duit lebih menggaji lebih ramai staff..

dia ingat, kami berdua ni superwoman kot!!